Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Sunday, December 21, 2008

Apa yang ada pada PRK-11?


Assalamualaikum kepada semua pembaca.Alhamdulillah kali ini AF dapat lagi meneruskan wadah bicara setelah agak menyepi sekian lama.Ucapan syukur pertamanya krn dapat lagi meneruskan hidup yang hanya dipinjam oleh Allah untuk sementara waktu sahaja.Wadah kali ini mungkin membicarakan sedikit isu hangat yg kini tidak asing lagi pd kita semua sebagai mahasiswa yg sering kita dengar di segenap penjuru iaitu isu PRK-11 KUIS.

Di kampus di mana sahaja berceloteh tentang Pilihan Raya Kampus (PRK).Bertepatan pula adalah sekarang kita berada di penghujung bulan Disember dan tahun 2008 di mana masa selalu dan kebiasaannya adalah masa Pilihan Raya.UPSI sudah berjalan PRKnya tetapi KUIS?AF rasa isu ini telah lama sebenarnya orang cakapkan tetapi tidak di ambil berat oleh segelintir mahasiswa KUIS yang asyik leka dengan aktiviti lain yang tidak penting.

AF sendiri sebenarnya tidak dapat memberitahu tarikh sebenarnya PRK ini.Ada yg cakap 20 Jan 09dan ada pulak 14 Jan.Tetapi di sini AF ada persoalannya mengapa pihak yang "mentadbir" atau yg akan menjalankan PRK yang lebih tepat istilahnya SPR diam tanpa ada sebarang khabar.Mahasiswa KUIS boleh diibaratkan seperti katak di bawah tempurung kaca yang hanya melihat dan tidak dapat berbuat apa-apa.

AF hari ini berjalan di sekitar bangunan KUIS.AF pelik sepatutnya waktu dan masa sekarang maklumat mengenai PRK ini telah menjadi panas.Memo mengenai PRK lewat pulak dinaikkan.Ia sudah jelas kepada kita seperti kata seorang al-akh " ada katak di bawah mee".Maknanya ada tangan dan kaki sebenarnya yang menjalankan dan memberhentikan sesuatu tindakan.Cukup menarik sekali tindakan tangan-tangan serta kaki -kaki yang kotor dipenuhi selut dan duri ini ye yang tidak ada erti penat dan lelah demi melembabkan pemikiran semua mahasiswa di kampus.Yang sedihnya ramai kalangan mahasiswa yang tidak sedar sebenar apa yang sedang belaku di belakang tabir...seperti mainan wayang kulit yang dimainkan,penonton bertepuk tangan shj tanpa tidak mengambil tahu,bagaimana dan kenapa begitu.

Perlukah,dibiarkan sebegini rupa?Waktu sekarang ini bukan shj kita menghampiri PRK bahkan Pilihan Raya di Terengganu.Percalonan kita dalam PRK di kampus kt mcm mane..Dan perlulah dalam PRK kali ini terdiri daripada calon-calon yang begitu faham apa yang akan mereka laksanakan nanti bukan sekadar nama atau "paksaan" dari seseorang.Kerana apa??Kerana merekalah wakil suara-suara mahasiswa yang mana hak semua mahasiswa perlu diketengahkan oleh mereka bukan sekadar masuk buku dan diam..

Hak mahasiswa yang selama ini tidak begitu diketengahkan..Terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan yg AF telah baca di mana kita ada hak asasi di mana ada hak untuk bersuara sekiranya kita di tindas..Tak begitu.Janganlah diam membatu dalam seribu kata kerana ini akan merugikan kita sendiri.Kan..

Akhir harapan kepada semua sedar dari lena yang lama,buka mata dan minda,di mana kita berada sebenarnya.PRK bukan hanya sekadar hari kita pergi mengundi nama dan masukkan ke dalam kotak rahsia itu lepas tu balik kembali sambung tidur kita yg lama itu,bahkan hari penting kita menentukan siapa bakal pemimpinan kita di bumi KUIS ini.Dan moga PRK kali ini tidak mempunyai unsur kotor iaitu bersih dari pelbagai aspek..InsyaAllah.

Percayalah,bahawa Allah sentiasa bersama kita .Takbir!

No comments: