Tuesday, December 8, 2009

Buat Muslimah yang Dikasihi..


MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.J angan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........    


Alhamdulilah..tercapai juga hajat ingin mengarang dalam blog nie.Sudah berabad ana menyepi disebabkan beberapa kesuntukan waktu.Maaf ana memohon sekiranya,fungsi blog tidak digunakan dengan sebaik mungkin.Inilah wasilah dakwah yang perlu kita mainkan sekarang..

Menyentuh kata-kata yang ana petik dari blog orang,"muslimah yang dikasihi " Ana sedih sebenarnya apabila melihat situasi etika pemakaian pelajar-pelajar KUIS.Dahulu kita sering menunding jari kepada kampus UIA,UM dan sebagainya mengatakan di sana sudah tidak ada biah solehah dari segi pemakaiannya.

Tetapi, apa yang ana pandang sekarang,KUIS telah hampir kepada situasi tersebut.Tujuan ana bukan ingin memburukkan kampus sendiri, tetapi satu luahan ketidakpuasan jiwa melihat adik-adik yang semakin berani melanggar etika pemakaian yang telah ditetapkan berlandaskan syariat Allah.

.............................................................                
 Pukul 2.45 pm
Ciber cafe KUIS

"Salam dik,akak nak tanya sedikit kepada adik?"
"kenapa akak.."
"Adik dari mana dan memang boleh ke adik pakai seluar track suit datang kuis macam ni"
"'saya tengok ramai je yang pakai kak..lagipun saya baru balik dari lab"
"oo,adik buat apa dkt lab""nursing kan selalu masuk lab,ramai je yang pakai macam saya"

"biasa la kak..kita pg lab je"

Itulah antara perbualan ana dengan seorang adik,,kalau nak ikutkan hati nak tunjuk je gambar pemakaian yang sepatutnya.Bukan itu sahaja, sekarang dah menjadi satu trand mereka memakai selendang.Bagaimana kita nak kekalkan bi'ah solehah yang mana dahuku kuis terkenal dengan suasana bi;ah solehahnya, sekarang...malu dengan diri sendiri melihat sahabat semakin menjunam ke arah yang negatif.

Ana rindukan kerja-kerja dakwah yang sering dilakukan bersama,dahulu mudah nak jalankan kerja-kerja mar ma'aruf.kini kalau kita tegur sedikit, mereka dah pandang pelik, dan pelbagai fitnah lain pulak yang muncul.Oleh itu, ana harapkan kerja-kerja dakwah ini digiatkan semula agar mata kita tidak sakit melihat pelbagai bahana yang merosakkan imej kita sebagai umat Islam.Syariat Allah perlu kita tegakkan kembali di bumi kuis ini memandangkan kita adalah amanah Allah untuk mengembalikan syiar Islam..


"Dakwah pemacu umah,Islam matlamat dijulang"
                                                                         

Friday, October 23, 2009

IQRA'..


Baca al-Quran, jangan buang masa, wasiat ke-2 al-Banna

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.
Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.
Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.


[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.
Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.


Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.
Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.
Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.
Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.
Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.
Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.


Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.
Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.
Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.
Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.


Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.
.................................................................................
Kesimpulan
Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.
Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.


Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.
Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.
Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.
Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita.
............................................................................ _

Monday, August 31, 2009

SeLamAT berTEmpuR Di mEDan pEPerikSaaN..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



KEPADA SEMUA SAHABAT,ANA UCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, BUATKAN YABG TERBAIK,JANJI ALLAH ITU PASTI DAN JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA SEHINGGA TITISAN NOKTAH YANG TERAKHIR...

INILAH MEDAN JIHAD KITA KETIKA INI, IAITU BERJUANG DI MEJA UNTUK JAWAB EXAM..WISH U ALL GOOD LUCK!!

Monday, August 24, 2009

Ramadhan kini tiba lagi,,,


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sepuluh akhir bulan Ramadhan merupakan hari hari yang paling istimewa dalam setahun kerana pada masa itulah diharapkan " Lailat Al Qadr " akan muncul. Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah sangat besar kalau seseorang menemui malam tersebut, iaitu lebih baik dari beribadat 1000 bulan.
"Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.(1); Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ?(2); Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.(3); Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.(4); Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.(5)"
( Al-Qadr [97] : 1-5 )

Salam ramadhan al-mubarak.

Wednesday, August 5, 2009

H1N1



Ujian demi ujian yang melanda kita.Sebelum ini kita digemparkan dengan virus selsema burung,kini tersebar pulak virus H1N1..ataupun ancaman selsema babi.Mengikut kajian yang mengatakan virus ini pertama kali dikesan di Mexico dan dengan pantasnya telah merebak ke sempadan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan New Zealand.


Secara ringkasnya selesema babi ini merupakan penyakit influenza yang disebabkan virus influenza A subjenis H1N1.Agensi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pula menyebut, virus ini mampu menjangkiti daripada manusia ke manusia. Ia merebak sama ada menerusi bersin, batuk atau dipindahkan daripada tangan mereka yang tidak dicuci dengan bersih.Virus demam selesema mampu menukar komponen genetik di antara satu sama lain. Versi baru jenis virus H1N1 itu hasil campuran beberapa versi virus berkenaan di dalam ‘induk’ haiwan yang sama. Babi misalnya, disifatkan lubuk paling sesuai bagi membolehkan virus ini saling bergabung. Biarpun virus ini lazimnya menular pada musim luruh dan sejuk, ia juga boleh merebak sepanjang tahun.


Sedar atau tak,virus yang muncul ini adalah salah satu pengajaran dari Allah kepada umatnya bahawa Allah yang berkuasa dan ini juga menunjukkan kepada kita yang dunia kita telah hampir ke penghujungnya.

Bagaimana mengelak jangkitan?

* Elakkan berada di tempat mereka yang kurang sihat dan menghidap demam serta batuk.

* Amalan kawalan am jangkitan dan persekitaran yang bersih, boleh mengurangkan risiko menyebarkan virus.

* Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dengan menggunakan tisu dan dibuang dengan cara betul.

* Kerap basuh tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman dan air bagi mengelak penyebaran virus dari tangan ke muka serta kepada orang lain. Juga, kerap cuci permukaan seperti tombol pintu, menggunakan cecair cucian yang sesuai.

* Gunakan topeng pernafasan jika menjaga mereka yang sakit, selain mengelak risiko menyebarkan virus.

* Segera berjumpa doktor jika mempunyai simptom dan pernah melawat Mexico, New York, California, Texas dan Ohio di Amerika Syarikat serta ke Kanada selepas 17 April lalu.

************************************************************************************
Kini KUIS pula terpaksa ditutup bermula 5 hrbln sehinggalah 10 Ogos..Semua mahasiswa terpaksa berkumpul di PKK untuk mendengar penguguman cuti,Timbalan Reaktor telah mengumumkan cuti,yang menjadi kehairanannya riuh pulak dengar sorakan pelajar-pelajar seronok diumumkan cuti,hairan..bala yang Allah turunkan boleh pulak bersuka ria.

Ada sedikit nasihat yg disampaikan oleh ustaz Subari tentang penjagaan kesihatan dan kebersihan serta menyarankan memakai 'mask'dan lebih penting sekali dia menyarankan kepada siswi kita memakai "niqab".Ini satu suruhan yg baik..

Mungkin ujian yg Allah berikan ini ada hikmah di sebaliknya...semua program terpaksa dihentikan..Karnival???Mungkin ini satu mehnah buat semua.Sabar adalah penyelesaiannya.

Waallahu'alam..

Friday, July 31, 2009

Besok..pakat ramai-ramai pergi demontrasi MANSUHKAN ISA!




1 OGOS,TUNGGU APA LAGI KALIAN DI RUMAH, JOM KITA SERBU KE DEMONTRASI MANSUHKAN ISA!!
HANCUR 2x KEZALIMAN..
YANG PERGI NAIK KTM, HATI-HATI DAN X LUPA JG YG PERGI NAIK MOTOSIKAL,HATI-HATI,IKAT KEMAS TALI HELMET..SABAR KALAU JALAN JEM..

Saturday, July 25, 2009

MANSUHKAN ISA !!!




SALAM MUJAHIDAH MENCARI KEADILAN DAN KEBENARAN...

MANSUHKAN ISA !!Kita tidak boleh hanya berdiam diri di bilik, kaku tidak mengambil tahu hal dunia kita kini.Ayuh,ramai-ramai kita penuhi HIMPUNAN MANSUHKAN ISA yang bertempat di KUALA LUMPUR.

YANG BERTARIKH KERAMAT: 1 OGOS 2009.

"ISA jadi undang-undang keselamatan pemerintah" begitulah tajuk ulasan yang disampaikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa kini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah, demikianlah apa yang ditegaskan oleh Presiden PAS.

Katanya lagi, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

" Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara.Tetapi undang-undang itu sudah lapuk,dek ketinggalan zaman oleh penjajah.Merdeka sudah kita, mesti dan patut undang-undang yang wujud adalah undang-undang yang tidak mengongkong rakyat."

" apa yang berlaku hari ini kita lihat ia adalah undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara !" tegas tuan guru.

Tuan guru ditanya oleh sidang media baru-baru ini di Hotel Holiday Villa,Alor Star pada 20 Julai lalu.

OLEH ITU, WAHAI SAHABAT SEKALIAN MARI KITA SESAKKAN HIMPUNAN MANSUHKAN ISA !!
KEAMANAN DAN KEADILAN UNTUK SEMUA,UNDANG-UNDANG PEROSAK PERLU DIHAPUSKAN...