Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Sunday, October 26, 2008

Kewujudan Blog

Pertamanya,rasa syukur atas nikmat Allah yang maha penyayang yang memberi ruang Af utk bernafas lagi di atas muka Bumi ini yang hanya dipinjam utk kita buat sementara waktu.Sahabatku pernah menegurku,"eh2,Af dah ada blog,mcm mane Af ada blog ni?".

Nak tahu mcm mane,inilah nikmat dari Allah.Ini atas budi baik seorang ukhti yang sanggup tolong Af buatkan blog ini.Pada mulanya Af bertanya kepada ukhti ini,Af tak pandai nak isi semua ini.Af tak sekreatif ukthi.Ukhti ini yang banyak membantu ajarkan bagaimana nak menghiasi blog ini.

Blog merupakan salah satu wadah perantaraan untuk menyampaikan dakwah islamiah.Namun,kita sebagai manusia kena pandai memilihnya,sama ada yang baik dan buruk untuk diri kita ini.Dan sekarang ramai sahabat Af dah ada blog.Alhamdulilah.

Istilah globalisasi merujuk kepada fenomena yang memperlihatkan dunia ini seperti mengecil dari segi perhubungan manusia kerana kepantasan perkembangan teknologi maklumat.Menguasai media massa dan mosilisasi masyarakat,seperti penggunaan blog ini merupakan jalan kebaikan masyarakat peka terhadap isu yang di bawa.

Blog ini juga salah satu media alternatif yang menggunakan jaringan Internet yang semakin popular digunakan,khasnya oleh golongan muda kerana masa dan ruangnya yang tidak terhad seperti media-media lain.Baru-baru ini,iaitu 11 Mac 2008,satu diskusi berkaitan blog bertajuk 'Penulis dan Blog:Trend Masa Kini ' telah diadakan di Dewan Pustaka.Dalam diskusi tersebut,ahli-ahli panel mendedahkan bahawa sehingga Februari lalu,terdapat 108 juta laman blog yang wujud,dengan 120,000 blog baru setiap hari @ 1.4 juta blog sesaat.

Penjelasan ini telah menunjukkan bahawa blog merupakan medium yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat,macam iklan tv9 "Dekat Di Hati" bagi menyalurkan maklumat antaranya agama,pendidikan,undang-undang,politik,bisnes.

Malah,bagi Af ia merupakan wadah bagi menyuarakan pandangan menerusi catatan-catatan atau diari dalam talian,keluh-kesah,artikel dan komen berkenaan pelbagai perkara,lazimnya yang berkaitan dengan masyarakat dan pemerintahan negara.Ia turut merapatkan ukhwah yang terjalin menjadi lebih erat..Btul.kan...


Waahua'lam..

Wednesday, October 22, 2008

Masa Itu Terus Berlalu





" Demi Masa, Sesungguhnya Manusia berada dlm kerugian,kecuali org2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati utk kebenaran dan saling menasihati utk kesabaran"..surah Al-Asr.Begitulah maksud potongan ayat al-Quran yg sering kita dengar,kan..

Aku mulakan melakar blog yang baru dicipta ini dengan sepotong ayat suci al-Quran.Susah hendakku gambarkan aku agak kekok untuk mencipta sesuatu yg mungkin susah bagiku pada mulanya.InsyaAllah,akan kucuba...

Gambar permandangan pokok di atas sebenarnya hendak kubicarakan..
eh2...ke lain pulak perginya.Bila diriku yang kerdil ini merenung kembali maksud tersirat terciptanya pokok..pokok hidup seperti kita sebagai hamba Allah yang sangat kerdil,apakan daya..Pokok juga bernafas dan hidup dari benih yang kecil hinggalah gugurnya daun-daun mati yang hanya tunggu ajal yang menjemput.Begitulah samanya kita makhluk Allah yang akan kembali kepadaNya.

Masa yang terus berlalu tidak akan berhenti menunggu kita"stop!!,berhenti kejap tunggu dia,ape la kesian dia"adakah masa akan berbicara demikian.?Oh..tidak,pelik kan kalau masa itu tunggu kita.
Masa yang berlalu itu mengingatkan aku yang usia aku juga terus berlalu,dahulu aku tiada blog,kini aku dah ada blog sendiri,dahulu aku semester2 sekarang semester3 pula,begitulah yang lainnya,Macam kata abah aku,"kakchik,chek dah besar kan,kena pandai jaga diri tau,jangan dok buat perangai macam budak-budak lagi"begitulah kata-kata abah aku...

Oleh itu,kita perlu bergerak ke depan..seperti masa yang sentiasa bergerak dengan jarum jamnya kalaulah jam itu ada bateri,hehe..dan bumi yang sentiasa berputar pada paksinya.

"Usah mengundur ke belakang,
Tolehlah sesekali mengambil pengajaran,
Teruskan langkahmu maju ke depan,
Anak bangsamu perlukan bimbingan,
Lupakan segala kesamaran,
Pulanglah pada hakikat,
Seorang insan yang bergelar pejuang Allah"

Begitulah skrip novel yang AF pernah baca,tapi di mana ya..WaAllahua'lam..