Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Monday, December 29, 2008

10 Maut dalam serangan terbaru..





ALLAHUAKHBAR!!!!
BANDAR GAZA 30 Dis. _ Sepuluh orang terbunuh dan 40 lagi cedera awal hari ini apabila pesawat perang Israel menggugurkan sekurang-kurangnya 16 buah bom yang memusnahkan lima pejabat kerajaan Hamas di sebuah kompleks di Genting Gaza.

Serangan itu turut mencetuskan kebakaran besar dan menyebabkan serpihan berterbangan sejauh beratus-ratus meter.

Keganasan Israel setakat ini telah menyebabkan 364 rakyat Palestin termasuk 62 penduduk awam terbunuh, manakala lebih 1,400 lagi cedera.Itulah petikan yg ana ambil dari Utusan Malaysia.


1o maut dalam serangan terbaru ini hanya beberapa minit shj..serangan yg bermula pada pukul 11.50 am.Ya Allah selamatkan umat Islam di Palestin..
Sahabat Islam kt di sana diserang oleh peluru-peluru yg menjunam ke dada mereka..Kanak-kanak kecil yg tidak tahu apa-apa hanya menjadi bahan ledakan peluru manusia yg bertopengkan syaitan..

Ayuh bangunlah wahai umat Islam,bangunlah menentang keganasan yg dilakukan oleh Israel.Antara mangsa yang terkorban awal hari ini ialah empat kanak-kanak perempuan berusia antara setahun hingga 12 tahun daripada sebuah keluarga.
Mereka terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah masjid dekat rumah mereka di pekan Jabaliya, utara Gaza, manakala dua budak lelaki terbunuh dalam satu serangan di bandar Rafah, selatan wilayah ini.Manakala,jet-jet pejuang Israel mensasarkan rumah Komander Kanan sayap bersenjata Hamas, Briged Izz el-Deen al-Qassam, Maher Zaqout, tetapi beliau terselamat kerana tidak berada di rumah itu ketika serangan tersebut.



Kt dapat menyifatkan apa yang berlaku di Genting Gaza sebagai satu ironi kerana serangan dan pembunuhan penduduk Palestin dilakukan di ambang umat Islam menyambut ketibaan Maal Hijrah.Kenapa?? kenapa di lakukan sebegini rupa?

Hari ini,di hadapan pejabat Duta US,satu demonstrasi telah dilakukan.Di mana demonstrasi ini mengajak umat Islam membantah serangan kejam Israel ke atas Palestin!!Ya Allah hancurkanlah YAHUDI dari dunia dan jauhkanlah mereka dari bumi Al-Quds.Ayuh bangunlah berjuang.Sekurang-kurangnya boikotlah barangan mereka.

Demonstrasi dunia telah dijalankan mengutuk tindakan Israel.Di Paris, kira-kira 200 orang berkumpul di Champs Elysees, sementara di daerah Barbes, utara Perancis, 1,300 orang menyertai protes anti-Israel.

Di sini pulak,demonstrasi berjalan semua umat Islam yang hadir antaranya pemimpin-pemimpin pas dan sesetengah rakyat palestin.Perarakan bermula di bangunan tabung haji sehinggalah kedutaan US dengan menghantar memorendum.

Hentaman peluru yg merobek hati dan yg menghancurkan saudara Islam kita disana.Mana pembela Islam..Mana penyelamat umat.Mana?mana?Kita lihat sesetngah rakyat Malaysia yg terleka dengan dunia mereka tanpa menghiraukan lenangan air mata seorang ibu yg kehilangan anak kecil mereka,teriakan seorang anak yg kehilangan ayah dan ibu mereka.
Manusia yg berseronokan dengan persediaan kehadiran tahun baru "NEW YEARS" tidak menghiraukan dan tidak memperdulikan apa yg berlaku di sana..

YA UMAT ISLAM MARILAH BERDOA UNTUK SAUDARA-SAUDARA KITA DI PALESTIN YG SEDANG MEMPERTAHANKAN IMAN MRK..ALLAHUKHBAR!!!!KHAIBAR-KHAIBAR YA YAHUD!!HANCUR2 HANCUR YAHUDI!

Salam Maal Hijrah 1430 Untuk Semua...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum...Pertamanya AF ingin mngucapkan salam Maal Hijrah kp semua.Mcm mana dgn sambutan Awal Muharam ni..Adakah shbt semua membaca doa akhir tahun dan awal tahun.InsyaAllah semua baca kan..


Doa awal Tahun..

Segala puji bagi Allah,Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya,Allah,Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yg melimpah,sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam,dari sekalian kuncunya,tenteranya dan penolongya.Aku juga memohon perlindungan drpd nafsu amarah yg sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dgn perkara yg tidak berfaedah drpd mendekatkan diri kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.Segala puji hanya bagi Allah,Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam..Amin..

Waktu membacanya..Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram.

Seperti yg kt telah jelas bahawa Maal Hijrah adalah untuk kt menyingkap kembali peristiwa Hijrah di mana junjungan besar Rasulullah S.A.W telah bertekad menghadapi perubahan dgn melakukan perpindahan dari kota Makkah ke Madinah.Di mana hijrahnya telah membuka lembaran baru dalam sejarah Islam,apabila sebelum ini terdapat satu khabilah2 yg kuat atau berpuak2 di kalangan masyarakat Arab telah digantikan dgn kekuatan atau semangat ukhwah Islamiah diantara kaum Ansar dan Muhajjirin.

Justeru itu,bagaimana penghayatan kt dengan semangat dan falsafah hijrah Rasulullah yg ditunjukkan kpd kt.Kt perlulah mengambil semangat untuk menanam tekad dan menyemai azam untuk memperbaharui kehidupan kt ke arah yang lebih baik iaitu yg diredhai Allah.Perubahan dan penghijrahan kt ini adalah perubahan yg dituntut dari yg buruk kpd yg baik,dan yg baik kpd lebih baik.

Sepertimana firman Allah SWT melalui Al Quran:

" Sesungguhnya Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.." Surah ar-Rad ayat 11.


Bagaimana dgn azam kt pada kali ini?? Semoga azam kt pada kali ini adalah menjadi lebih baik dari sebelumnya..Dari jarang menjejaki kaki ke masjid sehingga menjadi "kaki masjid", dari malas bangun untuk solat tahajjud kpd seorang yg sering menangis memohon hidayah dan keampunan dr Allah pada setiap malam..dan selainnya.

AF nasihatkan pada diri AF sendiri dan shbt seperjuangan agar penghijrahan kt kali adalah di atas mencari keredhai Allah.Teruskan perjuangan kt ini yang mana perjuangan kt ini tidak akan berhenti sehingga tibanya hari KIAMAT.

Waallahu'lam..

Thursday, December 25, 2008

WACANA JIHAD 3



Assalamualaikum..kali ni AF just nk sambung citer AF sebelum ini.Cerita mengenai Heraclius.Sebelum tu pastikan semua berada di terminal kt yang betul ya sebab perjalanan kt seterusnya akan bermula lagi..5,4,3,2,1...ting3.perjalanan telah bermula..
Mendengar kata2 itu,Heraclius dgn tiba2 berdiam diri lalu berkata,"Kamu membenarkan apa yg yg aku sangka." Perlu dijelaskan,Heraclius jg mnyertai peperangan itu.Semasa berlaku peperangan di Yarmuk,Heraclius berada di Antioche,sebuah bandar yg terkenal di Turki pd masa itu.Beliau pernah berhadapan dgn tentera2 Islam dan bnyk mengetahui selok-belok tentera itu.Sebab itu beliau membenarkan tentera2 Islam boleh memenangi peperangan itu.

Heraclius jg bertanya kpd salah seorang tenteranya yg pernah ditawan oleh tentera Islam,tetapi dibebaskan.Heraclius berkata kpd tentera itu,"Beritahu aku keadaan tentera Islam yg kamu saksikan semasa di tawanan dahulu."Tentera itu menjawab," Tuanku,hamba akan memberitahu tuanku mengenai tentera2 itu seolah-olah tuanku sedang melihat mereka.Mereka adalah pahlawan2 perkasa pd siang hari dan penyembah2 Tuhan yg taat pd malamnya.Mrk tidak memakan yg dilarang.Setiap kali mrk bertemu,mrk memberi salam.Kejahatan dihapuskan.Kebaikan ditengahkan.Kata Heraclius," Sekiranya semuanya itu benar,mrk berjaya menguasai tempat aku berpijak sekarang ini."

Apa yg dibimbangkan dan dijangkakan oleh Heraclius mengenai Muhammad dan pengikut2nya yg dapat dikalahkan negara Rom terbukti benar.Rom dgn kegagahannya dikalahkan oleh umat Islam.Rahsia kekuatan umat Islam jelas sekali.Ia tersembunyi di sebalik kekuatan pegangan mrk kpd ajaran2 Islam.Selagi ajaran2 Islam dihormati dan dipatuhi semuanya,selama itu umat Islam tetap utuh dan teguh.

Sabar menanggung segala kesusahan dan pahit maung di dlm peperangan adalah salah satu drp perintah Allah.Org yg sabar adlh org yg mematuhi perintah Allah.Yaa,memang terang lagi jelas kpd kita kan.Oleh sebab itu,Allah menyebut di akhir ayat yg menyuruh org2 Islam menetapkan hati dan mengingati Allah selalu apabila berhadapan dgn musuh.Allah telah berkata dalam surah Ali Imran ayat 200 yg bermaksud
" Wahai orang2 yg beriman,bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan perkara2 yg kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu(lbh drp kesabaran musuh di medan peperangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan),serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Macam mana dgn hati kita hari ini..mcm dlm iklan ubat gigi yg Nabil katankan.Nabil?tak kan tak kenal kot,konon2nya raja lawak tu.Apa dia kata"LU PIKIR LA SENDIRI" so,conclusionnya dekat sini kt kenalah fikir sendiri mcm mana dgn hati kita hari ini..Cerita Heraclius dh pn tamat.InsyaAllah di lain lembaran AF akan kembali meneruskan perjalanan kt ini.Jangan lupa terminal seterusnya ya..Akhir kalam

WaAllahu'lam...

Wednesday, December 24, 2008

WACANA JIHAD 2



Assalamualaikum pembuka tutur bicara dari AF.Semoga iman kita sentiasa sihat.AF ingin meneruskan kalam AF yg sebelum ini terberhenti seketika..Hari ini keretapi kita akan terus bergerak ke terminal seterusnya.ting..ting.

AF akan sambung mengupas kulit buah limau...??kulit buat limau?kenapa pulak dengan kulit buah limau.Bukan.Maksud AF adalah cerita sedikit mengenai sebelum ini iaitu mengenai JIHAD.

Sebagaimana yang kita telah jelas,Islam mensyariatkan perang jihad kerana ia adalah keperluan yg semula jadi selama wujudnya Islam di muka bumi ini.Walaubagaimanapun, perang jihad yg disyariatkan adalah perang fi sabilillah,bukan kerana kepentingan kekuasaan,golongan,pertumbuhan,bangsa atau hawa nafsu.

AF ada satu cerita yg nak dikongsikan.Cerita ini AF ada terbaca di dalam buku yang dikarang oleh Dato' Harun Din iaitu kisah Heraclius dengan tenteranya.Sejarah ada mencatatkan,bahawa bangsa Arab sebelum memeluk agama Islam seperti yg dinyatakan oleh Profesor Ahmad Shalabi dalam kitabnya,"Sejarah Islam dan Tamadunnya" adalah bangsa yg berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama sendiri.
Kerajaan Rom dan Parsi yang terkenal dengan kegagahannya pada masa itu tidak begitu berminat menjadikan tanah Arab seluruhnya di bawah jajahan mereka.Bagi mereka, ia seolah-olah tidak ada apa yg diharapkan drp bangsa itu.Tidak ada kekayaan dan tidak ada pula tenaga manusia.Ia membayangkan betapa mundurnya bangsa Arab pada pandangan kerajaan Rom.

Apabila Nabi Muhammad diutuskan kepada mereka,dalam jangka masa yg singkat sahaja bangsa Arab bersatu padu dan mendapat kekuatan yg tidak pernah diduga oleh bangsa-bangsa yg gagah pada zaman itu.Islam terus berkembang ke seluruh tanah Arab dan mula menggugat kerajaan Rom dan Parsi.Beberapa peperangan telah berlaku,antaranya peperangan Yarmuk pd zaman Umar bin al-Khattab.Pada masa itu,tentera Rom seramai dua ratus ribu org,manakala jumlah tentera Islam sedikit,tetapi kemenangan berpihak kpd Islam.Disinilah berlakunya kisah yg merupakan dialog antara Heraclius dgn tentera2nya yg lari dr medan perang itu.Heraclius sgt marah kpd tenteranya.Beliau mnyumpah mrk dgn kata2 kasar.
Heraclius:Celakalah kamu!Beritahu aku apakah jenis tentera yg kamu hadapi dlm peperangan itu.Manusiakah mrk ataupun bukan?
Tentera:Tentera2 Islam adalah manusia jg tuanku.
Heraclius:Siapakah yg lbh ramai bilangannya di dlm peperangan itu?Kamu atau mrk?
Tentera:Tentera tuanku berkali-kali ganda lbh ramai drpd tentera2 Islam itu.
Heraclius:Apakah jenis senjata yg digunakan oleh tentera2 Islam?Adakah mutu senjata2 itu lbh baik dr mutu senjata yg kamu gunakan?
Tentera:Senjata tentera2 Islam lbh rendah mutunya drpd senjata2 kt dan mrk hanya menggunakan satu senjata shj kebnyakkannya iaitu pedang,sedangkan tentera2 kt lbh drp itu.

Heraclius semakin berang dan bertanya lagi;Kalau demikian keadaanya,mngapa kamu semua dpt dikalahkan oleh tentera2 itu?mengapa kamu kalah di dlm peperangan yg semestinya kamu boleh menang?mengapa?Semua berdiam diri dan tidak ada jawapan yg dpt disampaikan kpd Heraclius.Tiba2 salah seorang drpd tentera itu agak berumur di kalangan mrk tampil memberi alasan katanya, "Tuanku,sebab sebenarnya kt kalah adalah krn tentera yg kt hadapi itu ialah tentera yg tidak takut kpd sesiapa selain drpd Tuhan mrk.Mrk patuh kpd ajaran agama mrk hingga dlm peperangan pun mrk sembahyang beramai2,tolong-menolong dan patuh kpd ketua mrk dan ajaran2 agama mrk.Sedangkan tentera kt,tidak ada kejahatan yg tidak dilakukan.Dengki-mendengki sesama sendiri,hasut-menghasut tidak berhenti.Yg kuat menindas yg lemah.Arak,judi dan sebagainya terus diamalkan.Sebab itulah tentera kita kalah".

Sambungan...

Monday, December 22, 2008

Matlamat Jihad di Medan Perang




Assalamualaikum..pembuka bicara.Salam dihulur dari ana kepada semua sahabat seperjuangan. Moga kali ini iman kita sentiasa baik dan sihat..Wacana pada kali ini adalah mengenai apa sebernanya dapat diertikan dengan istilah jihad?

Hari ini ramai orang keliru mengenai jihad.Jihad ditafsirkan oleh sesetengah orang sebagai perjuangan menyebabkan Islam menggunakan kekerasan dan keganasan dengan mengangkat senjata.Adakah hujah ini benar?Ramai orang turut menganggap jihad sebagai wasilah dakwah semata-mata sedangkan skop jihad adalah terlalu luas.

Ana petikan dari sebuah buku karangan Dato'Haron Din yang berjudul "Jihad Sebagai Survival Insan" dimana beliau berkata terdapat matlamat sebenarnya dalam perjuangan,pertamanya,Islam melancarkan perang jihad adalah bagi mempertahankan pencerobohan dan menghalang fitnah.Selain itu,ia juga sebagai pengabdian Muslim hanya kepada Allah yang Maha Esa.

Islam melancarkan jihad adalah bagi menegakkan sistem pemerintahannya yg adil.Keduanya.Islam melancarkan perang jihad adalah bagi melaksanakan kebebasan dakwah akidah,kerana tidak bererti kebebasan berakidah tanpa kebebasan dakwah.Ketiganya,Islam melancarkan jihad adalah bagi menegakkan sistemnya yg tersendiri yg mesti dipatuhi dan dipertahankan,krn itu shj sistem yg dapat menjamin kebebasan manusia.Pelancaran jihad ini adalah sebagai alat dan jalan bagi mempertahankan Islam dan kestabilannya.


Allah telah menyebut dalam surah Al-baqarah ayat 191 dan 192 yg bermaksud
" Oleh itu,sekiranya mereka memerangi kamu (di situ),bunuhlah mereka.Demikianlah balasan (kepada) orang-orang kafir.Kemudian sekiranya mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu) ,kerana sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani"

Sambungan....

Sunday, December 21, 2008

Apa yang ada pada PRK-11?


Assalamualaikum kepada semua pembaca.Alhamdulillah kali ini AF dapat lagi meneruskan wadah bicara setelah agak menyepi sekian lama.Ucapan syukur pertamanya krn dapat lagi meneruskan hidup yang hanya dipinjam oleh Allah untuk sementara waktu sahaja.Wadah kali ini mungkin membicarakan sedikit isu hangat yg kini tidak asing lagi pd kita semua sebagai mahasiswa yg sering kita dengar di segenap penjuru iaitu isu PRK-11 KUIS.

Di kampus di mana sahaja berceloteh tentang Pilihan Raya Kampus (PRK).Bertepatan pula adalah sekarang kita berada di penghujung bulan Disember dan tahun 2008 di mana masa selalu dan kebiasaannya adalah masa Pilihan Raya.UPSI sudah berjalan PRKnya tetapi KUIS?AF rasa isu ini telah lama sebenarnya orang cakapkan tetapi tidak di ambil berat oleh segelintir mahasiswa KUIS yang asyik leka dengan aktiviti lain yang tidak penting.

AF sendiri sebenarnya tidak dapat memberitahu tarikh sebenarnya PRK ini.Ada yg cakap 20 Jan 09dan ada pulak 14 Jan.Tetapi di sini AF ada persoalannya mengapa pihak yang "mentadbir" atau yg akan menjalankan PRK yang lebih tepat istilahnya SPR diam tanpa ada sebarang khabar.Mahasiswa KUIS boleh diibaratkan seperti katak di bawah tempurung kaca yang hanya melihat dan tidak dapat berbuat apa-apa.

AF hari ini berjalan di sekitar bangunan KUIS.AF pelik sepatutnya waktu dan masa sekarang maklumat mengenai PRK ini telah menjadi panas.Memo mengenai PRK lewat pulak dinaikkan.Ia sudah jelas kepada kita seperti kata seorang al-akh " ada katak di bawah mee".Maknanya ada tangan dan kaki sebenarnya yang menjalankan dan memberhentikan sesuatu tindakan.Cukup menarik sekali tindakan tangan-tangan serta kaki -kaki yang kotor dipenuhi selut dan duri ini ye yang tidak ada erti penat dan lelah demi melembabkan pemikiran semua mahasiswa di kampus.Yang sedihnya ramai kalangan mahasiswa yang tidak sedar sebenar apa yang sedang belaku di belakang tabir...seperti mainan wayang kulit yang dimainkan,penonton bertepuk tangan shj tanpa tidak mengambil tahu,bagaimana dan kenapa begitu.

Perlukah,dibiarkan sebegini rupa?Waktu sekarang ini bukan shj kita menghampiri PRK bahkan Pilihan Raya di Terengganu.Percalonan kita dalam PRK di kampus kt mcm mane..Dan perlulah dalam PRK kali ini terdiri daripada calon-calon yang begitu faham apa yang akan mereka laksanakan nanti bukan sekadar nama atau "paksaan" dari seseorang.Kerana apa??Kerana merekalah wakil suara-suara mahasiswa yang mana hak semua mahasiswa perlu diketengahkan oleh mereka bukan sekadar masuk buku dan diam..

Hak mahasiswa yang selama ini tidak begitu diketengahkan..Terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan yg AF telah baca di mana kita ada hak asasi di mana ada hak untuk bersuara sekiranya kita di tindas..Tak begitu.Janganlah diam membatu dalam seribu kata kerana ini akan merugikan kita sendiri.Kan..

Akhir harapan kepada semua sedar dari lena yang lama,buka mata dan minda,di mana kita berada sebenarnya.PRK bukan hanya sekadar hari kita pergi mengundi nama dan masukkan ke dalam kotak rahsia itu lepas tu balik kembali sambung tidur kita yg lama itu,bahkan hari penting kita menentukan siapa bakal pemimpinan kita di bumi KUIS ini.Dan moga PRK kali ini tidak mempunyai unsur kotor iaitu bersih dari pelbagai aspek..InsyaAllah.

Percayalah,bahawa Allah sentiasa bersama kita .Takbir!