Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Tuesday, April 27, 2010

Ta'awun Yang Memberi Manfaat

PROGRAM LAMBAIAN MENARA GADING 10’
Kalau dihitung kembali,anak-anak yang berada di alam persekolah menengah dan akan menjalani kehidupan mahasiswa kian terasa.Di mana mereka ternanti-nanti panggilan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi.Sedar tidak sedar, mereka akan menamatkan zaman persekolah ke peringkat siswazah.




9 APRIL 2010
Baru-baru ini PERSADA telah berjaya mengadakan program Lambaian 10’. Di mana program yang terbuka kepada lepasan SPM mahupun STPM dan STAM.Program yang berlangsung di Perpustakaan Alor Star.Program yang berobjektifkan mendedahkan kepada para pelajar halatuju yang sebenar selepas menamatkan zaman persekolahan.Selain itu,perkongsian pengalaman oleh senior-senior tentang alam mahasiswa dan memberi penerangan mengikut kampus masing-masing.
Antara kampus yang turut meluangkan masa dengan berkongsi pengalaman serta mendedahkan maklumat serbah ringkas mengikut jurusan.Kampus UIA,KUIS,UM,DQ,dan Timur Tengah.
Program Lambaian 10’ yang telah dirasmikan oleh Ustaz Mussadaq.Ucapan pendahuluan oleh Pengarah Program,saudara Izwan.
Amat mengagumkan pengerusi majlis adalah seorang pelajar yang sudah berstatus seorang doktor.



Perkongsian setiap kampus mengikut jurusan..
Motivasi oleh penceramah mengenai halatuju mahasiswa
Awal pagi,kehadiran pelajar untuk mendaftarkan diri...hmmm...sungguh bersemangat adik-adik nie.
Pembahagian kumpulan,LDK untuk berkongsi pengalaman,sesi soal jawab..
Syukurlah kepada Allah kerana sahabat-sahabat sanggup luangkan masa dengan adik-adik..Alhamdulilah,program yang menarik untuk membina generasi yang akan datang yang akan menyebarkan dakwah Islam.



Kitalah generasi pengubah, bakal mencorakkan masa hadapan.Selalulah mohon doa dan restu ibu bapa dalam melayari kehidupan mendatang.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Apabila telah ditunaikan sembahyang,maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.”