Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Tuesday, December 7, 2010

Apabila Dentuman Kaki Kuda Perang Semakin Laju...



Salam tautan kasih sayang buat pembaca.Ribuan maaf kepada sesiapa yang melihat blog ana yang usang ini,dah banyak sarang labah-labah yang menghingap,maklumlah lama menyepi blog ana ni.Boleh dikatakan berbulan-bulan membisu dek angkara diri ini terlalu sibuk dengan urusan peribadi.

Alhamdulillah..satu kalimah syukur yang ana dapat luahkan kerana Allah memberi sedikit ruang untuk ana hiasi semula laman ilmu ana ni.InyaAllah kali ini tajuk yang ana ingin kupaskan agak bombastik dengarnya..

Dentuman KaKi Kuda di Medan Perang? Apa sebenarnya yang tersirat daripada bait-bait ini.Ana bukannya penulis hebat dalam ruangan menulis,tetapi bolehlah ana cungkilkan bakat ana ni dlm kedepan dlm bidang sastera..

Tentera Allah yakni umat nabi Muhammad sendirilah yang akan menegakkan kalimah La ila haillaAllah..kerana apa,apabila tugas pertama yg diamanahkan kepada kita sebagai hamba adalah khalifah.Jadi,adalah kaitan cerita yang ana ingin bangkitkan di sini,adakah wanita pun turut serta sebagai khalifah?

Ya..tidak kira lelaki mahupun wanita,kita telah ditaklifkan sebagai khalifah yang akan memerintah bumi Allah ini kepada landasan yang betul..Baru-baru ni Nisa' Kedah telah mengadakan program JAmbori Nisa' Kawasan Kuala Kedah dimana terdapat satu slot debat ala parlimen.Apa yang menarik di sini pelbagai hujah pencadang dan pembangkang mengenai topik wajarkah wanita terlibat dlm perjuangan..

SubhanaAllah.hujah adik2 peserta sungguh menarik,kadang2 melucukan.Nampaknya mereka jelas bahawa kita sebagai wanita sangat berperanan penting dlm perjuangan..berjuang bukan taklifan kepada kaum lelaki sahaja,malah kaum wanita perlu berjuang dari segenap sudut.

Perjuangan wanita boleh kita ambik iktibar dari sirah Rasulullah sendiri,di mana siti Khadijah merupakan mujahidah di sisi Rasulullah..berjuang demi dakwah Islam.Oleh itu,ayuh wahai muslimat sekalian..kita perlu faham konsep wanita itu sendiri..bukan hanya berperang didapur..malah segenap sudut.

Mad'u kita ramai diluar sana memerlukan bimbingan dari kita..umat Islam semakin terpesong,kitalah yg bertanggungjawab memperbetulkan kembali.




Resolusi daripada Jambori ini sendiri membuka lebaran yang luas,di mana program ini telah memberi satu tugasan penting buat pelapis2 mujahidah Islam..Jelaslah,peserta atau adik2 ini tahu peranan mereka selepas ini adalah mengembalikan IZZAh yg telah lama hilang.Dentuman kaki kuda perang semakin laju ini ana ibarat atau kiaskan muslimat kini dah semakin kedepan seiring dengan muslimin..alhamdulilah.ini lah perjuangan yang perlu diteruskan..

Laungan muslimat POWER! bukan sekadar dibibir.ia perlu dibuktikan..dan ana nampak buktinya sekrang.Ya..wanita yang dicipta adalah sebagai sayap kiri penting buat lelaki..bersama-sama melaksanakan tuntutan Allah mengibarkan syiar Islam.

Dalam surah Ar-Ra'du:
" Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutnya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah swt. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.Dan apabila Allah mengkehendaki terhadap sesuatu kaum,maka idak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia".

Akhir kalam dari ana untuk ringkasan coleteh ini adalah..ayuh muslimat yang menjunjung kitab Al-Quran,bangun bersama kedepan..jangan rasa diri ini lemah dan tidak berdaya..seiringlah kita dengan semangat perjuangn di mana idola kita bersama adalah isteri Rasulullah sendiri saidatina Khadijah r.a...

No comments: