Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Saturday, December 25, 2010

Yang Tenang sedang Berkocak..


Salam ketenangan bagi mengupas isu di DUN Tenang.Ana baru selesai research tentang daftar pemilih di utara sana..Walaupun dok utara,selatan punya jangan lupa.Tenang memang berada di dalam suasana tenang. Kita hampir tidak menyedari kewujudan DUN Tenang, jika tidak berlaku kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha (59) pada pagi Jumaat 17 Disember 2010 yang lepas.

Tenang di dalam kawasan Labis, Segamat ini memang disifatkan kawasan terpencil, kurang rancak dengan pembangunan. Masyarakat adalah terdiri dari golongan petani dan kurang berlaku peristiwa yang mengejutkan yang menarik perhatian masyarakat tentang kewujudan lokasi DUN Tenang.Samalah di tempat ana buat researh baru2 ni..dun kota siputeh.Calon PAS akan bertanding PRK Dun Tenang. Tidak mustahil untuk menang, tetapi bukan mudah jalannya. Dengan KETAQWAAN, KESUNGGUHAN BEKERJA dan KESABARAN menghadapi CABARAN, InsyaAllah KEMENANGAN pasti akan tercapai.

Ketenangan Tenang juga membuat al-Marhum Adun Tenang yang merupakan Adun tiga penggal berturut-turut itu tidak perlu bersifat agresif dan lantang dengan isu-isu baik bersifat tempatan atau negeri dan bagi beliau tidak perlu kepada publisiti dan populariti. Beliau cukup berpuashati dengan sokongan pengundi-pengundi setia yang memberi mandat kepadanya selama tiga penggal berturut-turut. Beliau telah berkhidmat kepada masyarakat Dun Tenang dan kembali ke Rahmatullah dengan tenang. Kita doakan semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.Suruhanjaya Pilihan Raya pagi tadi memutuskan PRK DUN Tenang akan diadakan pada 30 Januari, manakala penamaan calon pada 22 Januari tahun depan.

Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media berkata DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).
Pilihan raya kecil ini adalah yang ke-14 sejak tahun pilihan raya umum Mac 2008, dan pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008.
Ianya diadakan berikutan kematian Sulaiman pada 17 Disember lalu. Beliau meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Semua masing2 dh tak tenang.Kalo kita kaji,masyarakat kampung yg tidak didedahkan isu sebenar hanya menjadi pak turut bn.ye lah bagi bantuan,,muka masuk tv.jd kena pangkah bn la..manakala golongan profesional masing2 berada di ibu kota,ada yang memang hebat bila bercakap..bila suruh turun padang ke masyarakat,takut,x da masa la.inilah peluang kita.. perlu dekati masyarakat kampung yang masing2 menjadi pak turut..kita sebagai golongan hebat perlu bersama masyarakat..dedahkan hal sebenar.

Medan lapangan kita adalah masyarakat..mereka menilai.Terutama ana fokuskan mahasiswa,bila cuti balik kampung,terperuk dalam rumah..x nak keluar bermasyrakat..mcm mana masyarakat nak kenal.

Yang hebat..hebat la di kampus..medannya di kampus..semua isu dia tahu.sampai muka masuk tv selalu..bagus la.tp jangan lupa,,medan kita sebenar.jangan hebat dekat sana sahaja..tp masyarakat kampung x kenal kita.

adakah kita ketandusan kepimpinan..tidak..mahasiswa kita hebat belaka.oleh iu..janganlah hipokrit.jom lah sma2 turun padang.Ya kita adalah khalifah Allah..dah diamanahkan satu tanggungjawab besar,jangan hanya menjadi robot kepada tuannya..

Belajar semata2 nak kerja...semua pn boleh,tp kita belajar untuk terus kedepan,bila ada ilmu,perjuangan pn mudah.jangan pulak semangat nak berjuang tp ilmu x da.susah jg tu.

Sama2 la kita tinggatkan ilmu demi memperjuangan islam..kemenangan perlu dikekalkan,dan kekalahan perlu dimenangkan..untuk kemenangan islam bersama..
WaAllahua'lam.

No comments: