Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Tuesday, December 15, 2009

Mahasiswa Berkualiti dan Reti



MAHASISWA BERKUALITI DAN RETI

Salam Mujahid Mencari Sinar Dakwah..
Betapa tabah dan cerdik para cendikiawan dan para ilmuan Islam dalam mencernakan ilmu yang dipelajari untuk dicanang dalam kehidupan seharian, dengan berjaya mencipta pelbagai kemudahan untuk kegunaan manusia pada zaman tersebut. Betapa cekal dan sabar mereka melakukan ulangan serta kajian berterusan sehingga beratus-ratus kali percubaan eksperimen, dan tidak berputus asa walaupun ada kalanya mereka terpaksa menerima hakikat yang sedikit mengecewakan di akhir perjalanan.

Namun bagaimana pula kita melihat kesungguhan mahasiswa pada zaman ini, adakah sama dengan apa yang telah dipertontonkan oleh mereka? Justeru itu, semangat dan perjuangan perlu dimulakan pada saat ini. Terutama di kalangan para ilmuan, di mana mereka tidak perlu alpa, dan leka serta membuang masa dengan hanya berpeluk tubuh bagaikan orang tidur disorokan bantal tanpa perlu berusaha mencari kelainan dalam memahatkan sejarah pada catatan diri sendiri yang bisa menjadi sebutan masyarakat disekeliling.

Umat Islam perlulah berhenti menyalahkan orang lain sepanjang hidup mereka. Sikap inilah yang akan melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri serta membantutkan usaha-usaha untuk membangunkan kembali ketamadunan silam. Kerana sikap inilah juga akan mencetuskan perpecahan sesama mereka dengan berlaku perkara-perkara yang merugikan keseluruhan umat Islam. Inilah usaha-usaha yang telah ditabur oleh barat yang dirancang secara terperinci, halus dan rapi untuk melihat Islam terus ketinggalan dan luput dari sejarah kegemilangan terdahulu.

Maka hendaklah umat Islam itu berubah secara keseluruhan dan sedar dari lamunan yang berpanjangan, dengan bangkit memberi sumbangan sosial, tenaga, buah fikiran, dan berkorban dalam satu barisan serta menggembleng arah tuju yang sama lagi mantap. Jalan-jalan inilah yang akan menyelamatkan mereka dari terjatuh ke dalam lubang-lubang kehinaan dan kemunduran yang telah diciptakan oleh pihak barat.

KESAN KEJATUAHAN KERAJAAN ISLAM DI TURKI

Sejak kejatuhan pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniah secara rasminya kepada rejim yahudi Mustapha Kamal Attartuk pada tahun 1924M sehinggalah kini, bermakna sudah hampir 85 tahun umat Islam kehilangan arah tuju dalam erti kata yang sebenar, dan masih lagi di dalam kerabaan malam yang bersuluh malap mencari jalan pulang. Bagaikan hilang tempat berpaut, suatu ungkapan bidalan yang cukup sinonim dengan situasi sekarang, sesuai menggambarkan keadaan umat Islam selepas keruntuhan sistem pemerintahan terakhir umat Islam sejak dari zaman pemerintahan agung Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.

Dalam kejatuhan yang tiada berpehujung, pihak Barat telah mengaburi umat Islam dengan pelbagai usaha dan dakyah dalam usaha untuk memesongkan cara berfikir umat Islam, dan yang lebih jauh lagi memesongkan akidah yang tulen dengan menyogok fahaman sekular yang berkonsepkan pemisahan agama dari urusan kehidupan dan pemerintahan. Maka jelaslah, pihak barat telah berjaya memisahkan kebanyakan umat Islam dari mempunyai minat dan kesungguhan di dalam menguasai ilmu-ilmu Islam, sains dan teknologi, paling menyedihkan dari mengamalkan ajaran yang sebenar.

Menghadapi cabaran Barat seharusnya menjadi agenda utama umat Islam di samping tidak meninggalkan perkara-perkara penting yang lain. Bersatu di bawah satu matlamat bagi mendaulatkan Islam di bawah satu panji berlatarbelakangkan konsep Islamiah dalam kehidupan. Umat Islam perlu memperkasakan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu dan kebolehan terutama yang berkait rapat dengan jalur lebar teknologi, penyiaran, bidang kejuruteraan, sains, biologi, bio-kimia, angkasa lepas (astronomi), dan sebagainya. Tanpa mengalpakan ilmu-ilmu yang lain yang terlebih utama, seperti ilmu-ilmu fardhu ain dan segala macam ilmu dalam agama yang berkaitan Fekah, Tafsir, Hadith, Bahasa Arab, dan sebagainya.

Dengan peranan ilmu inilah yang akan menjadi pelita sebagai garis panduan kita menuju kepada Allah Taala. Umat Islam perlulah bergerak dalam satu garis panduan yang terancang dan bukan mengikut arus gelombang sentimen dan emosi, dengan meletakkan cernaan akal yang sihat dalam berfikir di hadapan sebelum melakukan sebarang tindakan agar apa-apa sahaja yang dilakukan tidak terbabas lantas merosakkan langkah-langkah perancangan yang seterusnya. Ingatlah kita adalah pencetus pada satu reformasi bersepadu dalam melahirkan generasi celik dan berfikiran matang di dalam menongkah arus perdana yang kian mencabar.

Maka di sana, penguasaan ilmu yang mantap dan mengamalkannya dalam kehidupan adalah senjata paling ampuh untuk menangkis pancaroba yang datang menyerang bila-bila masa dan tempat. “Ya Allah Tuhan Maha Esa, bimbinglah hati-hati kami mencari keredhaan-Mu, bukan menempah kemurkaan-Mu

Tuesday, December 8, 2009

Buat Muslimah yang Dikasihi..


MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.J angan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........    


Alhamdulilah..tercapai juga hajat ingin mengarang dalam blog nie.Sudah berabad ana menyepi disebabkan beberapa kesuntukan waktu.Maaf ana memohon sekiranya,fungsi blog tidak digunakan dengan sebaik mungkin.Inilah wasilah dakwah yang perlu kita mainkan sekarang..

Menyentuh kata-kata yang ana petik dari blog orang,"muslimah yang dikasihi " Ana sedih sebenarnya apabila melihat situasi etika pemakaian pelajar-pelajar KUIS.Dahulu kita sering menunding jari kepada kampus UIA,UM dan sebagainya mengatakan di sana sudah tidak ada biah solehah dari segi pemakaiannya.

Tetapi, apa yang ana pandang sekarang,KUIS telah hampir kepada situasi tersebut.Tujuan ana bukan ingin memburukkan kampus sendiri, tetapi satu luahan ketidakpuasan jiwa melihat adik-adik yang semakin berani melanggar etika pemakaian yang telah ditetapkan berlandaskan syariat Allah.

.............................................................                
 Pukul 2.45 pm
Ciber cafe KUIS

"Salam dik,akak nak tanya sedikit kepada adik?"
"kenapa akak.."
"Adik dari mana dan memang boleh ke adik pakai seluar track suit datang kuis macam ni"
"'saya tengok ramai je yang pakai kak..lagipun saya baru balik dari lab"
"oo,adik buat apa dkt lab""nursing kan selalu masuk lab,ramai je yang pakai macam saya"

"biasa la kak..kita pg lab je"

Itulah antara perbualan ana dengan seorang adik,,kalau nak ikutkan hati nak tunjuk je gambar pemakaian yang sepatutnya.Bukan itu sahaja, sekarang dah menjadi satu trand mereka memakai selendang.Bagaimana kita nak kekalkan bi'ah solehah yang mana dahuku kuis terkenal dengan suasana bi;ah solehahnya, sekarang...malu dengan diri sendiri melihat sahabat semakin menjunam ke arah yang negatif.

Ana rindukan kerja-kerja dakwah yang sering dilakukan bersama,dahulu mudah nak jalankan kerja-kerja mar ma'aruf.kini kalau kita tegur sedikit, mereka dah pandang pelik, dan pelbagai fitnah lain pulak yang muncul.Oleh itu, ana harapkan kerja-kerja dakwah ini digiatkan semula agar mata kita tidak sakit melihat pelbagai bahana yang merosakkan imej kita sebagai umat Islam.Syariat Allah perlu kita tegakkan kembali di bumi kuis ini memandangkan kita adalah amanah Allah untuk mengembalikan syiar Islam..


"Dakwah pemacu umah,Islam matlamat dijulang"
                                                                         

Friday, October 23, 2009

IQRA'..


Baca al-Quran, jangan buang masa, wasiat ke-2 al-Banna

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.
Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.
Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.


[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.
Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.


Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.
Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.
Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.
Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.
Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.
Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.


Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.
Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.
Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.
Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.


Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.
.................................................................................
Kesimpulan
Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.
Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.


Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.
Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.
Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.
Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita.
............................................................................ _

Monday, August 31, 2009

SeLamAT berTEmpuR Di mEDan pEPerikSaaN..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



KEPADA SEMUA SAHABAT,ANA UCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, BUATKAN YABG TERBAIK,JANJI ALLAH ITU PASTI DAN JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA SEHINGGA TITISAN NOKTAH YANG TERAKHIR...

INILAH MEDAN JIHAD KITA KETIKA INI, IAITU BERJUANG DI MEJA UNTUK JAWAB EXAM..WISH U ALL GOOD LUCK!!

Monday, August 24, 2009

Ramadhan kini tiba lagi,,,


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sepuluh akhir bulan Ramadhan merupakan hari hari yang paling istimewa dalam setahun kerana pada masa itulah diharapkan " Lailat Al Qadr " akan muncul. Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah sangat besar kalau seseorang menemui malam tersebut, iaitu lebih baik dari beribadat 1000 bulan.
"Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.(1); Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ?(2); Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.(3); Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.(4); Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.(5)"
( Al-Qadr [97] : 1-5 )

Salam ramadhan al-mubarak.

Wednesday, August 5, 2009

H1N1



Ujian demi ujian yang melanda kita.Sebelum ini kita digemparkan dengan virus selsema burung,kini tersebar pulak virus H1N1..ataupun ancaman selsema babi.Mengikut kajian yang mengatakan virus ini pertama kali dikesan di Mexico dan dengan pantasnya telah merebak ke sempadan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan New Zealand.


Secara ringkasnya selesema babi ini merupakan penyakit influenza yang disebabkan virus influenza A subjenis H1N1.Agensi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pula menyebut, virus ini mampu menjangkiti daripada manusia ke manusia. Ia merebak sama ada menerusi bersin, batuk atau dipindahkan daripada tangan mereka yang tidak dicuci dengan bersih.Virus demam selesema mampu menukar komponen genetik di antara satu sama lain. Versi baru jenis virus H1N1 itu hasil campuran beberapa versi virus berkenaan di dalam ‘induk’ haiwan yang sama. Babi misalnya, disifatkan lubuk paling sesuai bagi membolehkan virus ini saling bergabung. Biarpun virus ini lazimnya menular pada musim luruh dan sejuk, ia juga boleh merebak sepanjang tahun.


Sedar atau tak,virus yang muncul ini adalah salah satu pengajaran dari Allah kepada umatnya bahawa Allah yang berkuasa dan ini juga menunjukkan kepada kita yang dunia kita telah hampir ke penghujungnya.

Bagaimana mengelak jangkitan?

* Elakkan berada di tempat mereka yang kurang sihat dan menghidap demam serta batuk.

* Amalan kawalan am jangkitan dan persekitaran yang bersih, boleh mengurangkan risiko menyebarkan virus.

* Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dengan menggunakan tisu dan dibuang dengan cara betul.

* Kerap basuh tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman dan air bagi mengelak penyebaran virus dari tangan ke muka serta kepada orang lain. Juga, kerap cuci permukaan seperti tombol pintu, menggunakan cecair cucian yang sesuai.

* Gunakan topeng pernafasan jika menjaga mereka yang sakit, selain mengelak risiko menyebarkan virus.

* Segera berjumpa doktor jika mempunyai simptom dan pernah melawat Mexico, New York, California, Texas dan Ohio di Amerika Syarikat serta ke Kanada selepas 17 April lalu.

************************************************************************************
Kini KUIS pula terpaksa ditutup bermula 5 hrbln sehinggalah 10 Ogos..Semua mahasiswa terpaksa berkumpul di PKK untuk mendengar penguguman cuti,Timbalan Reaktor telah mengumumkan cuti,yang menjadi kehairanannya riuh pulak dengar sorakan pelajar-pelajar seronok diumumkan cuti,hairan..bala yang Allah turunkan boleh pulak bersuka ria.

Ada sedikit nasihat yg disampaikan oleh ustaz Subari tentang penjagaan kesihatan dan kebersihan serta menyarankan memakai 'mask'dan lebih penting sekali dia menyarankan kepada siswi kita memakai "niqab".Ini satu suruhan yg baik..

Mungkin ujian yg Allah berikan ini ada hikmah di sebaliknya...semua program terpaksa dihentikan..Karnival???Mungkin ini satu mehnah buat semua.Sabar adalah penyelesaiannya.

Waallahu'alam..

Friday, July 31, 2009

Besok..pakat ramai-ramai pergi demontrasi MANSUHKAN ISA!




1 OGOS,TUNGGU APA LAGI KALIAN DI RUMAH, JOM KITA SERBU KE DEMONTRASI MANSUHKAN ISA!!
HANCUR 2x KEZALIMAN..
YANG PERGI NAIK KTM, HATI-HATI DAN X LUPA JG YG PERGI NAIK MOTOSIKAL,HATI-HATI,IKAT KEMAS TALI HELMET..SABAR KALAU JALAN JEM..

Saturday, July 25, 2009

MANSUHKAN ISA !!!




SALAM MUJAHIDAH MENCARI KEADILAN DAN KEBENARAN...

MANSUHKAN ISA !!Kita tidak boleh hanya berdiam diri di bilik, kaku tidak mengambil tahu hal dunia kita kini.Ayuh,ramai-ramai kita penuhi HIMPUNAN MANSUHKAN ISA yang bertempat di KUALA LUMPUR.

YANG BERTARIKH KERAMAT: 1 OGOS 2009.

"ISA jadi undang-undang keselamatan pemerintah" begitulah tajuk ulasan yang disampaikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa kini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah, demikianlah apa yang ditegaskan oleh Presiden PAS.

Katanya lagi, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

" Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara.Tetapi undang-undang itu sudah lapuk,dek ketinggalan zaman oleh penjajah.Merdeka sudah kita, mesti dan patut undang-undang yang wujud adalah undang-undang yang tidak mengongkong rakyat."

" apa yang berlaku hari ini kita lihat ia adalah undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara !" tegas tuan guru.

Tuan guru ditanya oleh sidang media baru-baru ini di Hotel Holiday Villa,Alor Star pada 20 Julai lalu.

OLEH ITU, WAHAI SAHABAT SEKALIAN MARI KITA SESAKKAN HIMPUNAN MANSUHKAN ISA !!
KEAMANAN DAN KEADILAN UNTUK SEMUA,UNDANG-UNDANG PEROSAK PERLU DIHAPUSKAN...

GEGAR...JANGAN TAK GEGAR !!!


SALAM...
Salam gegar dari ana.GEGAR apa pulak ye..
untuk makluman semua yang belum maklum,JOM RAMAI2 PERGI TENGOK KONSERT 4 GERGASI..
KONSERT ANTARA DUNIA.

BERTARIKH: 1 OGOS 2009, 7.00 MALAM SEHINGGA 11.00 MALAM
TEMPAT : STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM.

MARI RAMAI-RAMAI MEMERIAHKANNYA...KEPADA YANG BERKESEMPATAN.

WALAUPUN LAMBAT..TETAP NAK UCAPKAN TAHNIAH



Salam mujahid dari NAF,dh lama dah ia berlaku tp baru sekarang nk citer dlm blog nie.
Apa pn tidak menjadi masalah.NAF baru-baru ni ikut masuk bersama ibu ke dalam PKK sempena konvo akak NAF.Gementar rasanya walaupun bukan kt yang pergi naik pentas,rasa tidak sabar rasanya,nak cepat-cepatkan belajar.

Memang,bukannya senang nak dapatkan segulung diploma ataupun segulung ijazah.Btul tak.Sebelum terlupa NAF nak ucapkan TAHNIAH kpd yg konvo baru-baru ni.Kepada:
Kakak NAF,kak Nadzrah..kak sakinah mardhiah,kak fatihah,kak hafizah,kak amirah,kak laila, abg omar,dan ramai lagi....

SEMOGA ILMU YANG KITA DAPAT BOLEH DIAMALKAN,SERTA DIPRAKTIKKAN DEMI UMMAH YANG TERCINTA.SAMPAIKAN ILMU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT.BETAPA PENTINGNYA ILMU INI KEPADA KITA.MARILAH KITA MANFAATKAN USIA HIDUP KITA DENGAN MENCARI SEBANYAK ILMU SEBANYAK YANG MAMPU..SEBELUM KITA MENUTUP MATA KALI TERAKHIR..

WAALLAHUA'LAM..

Monday, July 20, 2009

KO-SPIN ' 09'


In the name of Allah, the most gracious and merciful..Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Ada apa sebenarnya dengan kongres baru-baru ini.Ana dan sahabat-sahabat telah mengikuti satu kongres iaitu Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara atau boleh dikenali KO-SPIN '09.
Pada 11 Julai 2009 bersamaan 18 Rejab GAMIS telah menganjurkan satu Kongres yang pertama iaitu KO-SPIn'09 yang bertempatkan di Auditorium Muzium Shah Alam Selangor Darul Ehsan.



Ana bersama-sama khadijah, faezah, k.dhiyaul, kak hayati,dan k.syira berkonvoi ke sana.Syukur kerana berpeluang mengikuti kongres ini dimana matlamat atau niat utamanya adalah untuk melakukan rejuvenasi sistem pendidikan islam negara sememangnya amat tepat pada era evolusi pendidikan Malaysia sekarang.One by one bahan perbincangan atau kertas kerja dibentangkan pada hari itu.

Antaranya isu yang dibahaskan adalah pengsekularan sistem pendidikan islam satu analisa pengalaman oleh Dr.Tajol Ariffin Noordin.Pelbagai justifikasi yg boleh kt perolehi drp pengsekularan Islam di mana implikasinya atau kesan pendidikan Islam akan terus meneres mewarnai oleh sistem pendidikan barat ini warisan penjajah yang jelas bersifat SEKULAR.

Perbincangan jg mengulas bahaya ancaman sekularisme kpd pendidikan Islam di negara kt di mana dpt kt perhatikan ianya diamalkan jg oleh para pendidik Islam samada secara sedar ataupun tidak.Mereka menekankan aspek-aspek seperti:
# keghairahan untuk melaksanakan kemahiran berfikir dan kaedah saintifik
# keghairahan dan rasa kekaguman untuk mengamalkan nilai-nilai universal yg memberi fokus kpd tanggungjawab moral dan sosial
# keghairahan dan rasa kekaguman untuk mengikut kehidupan modernisasi
#semangat dan keinginan yang kuat utk melakukan perubahan dan pembaharuan bagi meningkatkan kualiti pendidikan

Dr Tajol jg mengulas agenda yg perlu bertindak oleh semua umat Islam yg ingin melaksanakan JIHAD IMAN.Ini merupakan kewajipan kpd semua umat Islam yg cintakan kebenaran dalam ilmu.Antaranya ialah dengan melakukan anjakan paradigma drpd persepsi pendidikan Islam yg bersifat satu mata pelajaran kpd amalan Islam sebagai CARA HIDUP yang praktikal.Oleh itu, pendidikan Islam perlu fahami dari segi falsafah yg akan mencorakkan matlamat kurikulum dan pedagogi selaras dengan tuntutan al-Quran dan As sunnah.

Keduanya adalah pengstukturan semula di mana meletakkan Pendidikan Islam berda dalam kelas pertama berbanding dengan aliran dan bahagian-bahagian pendidikan yg lain.Ketiganya dengan melaksanakan pendidikan menurut paradigma Al-quran dan As sunnah serta menjadikan Model Maahad Tahfiz Sains (MTS) yg sekarang terbina di Kelantan dan Selangor sebagai model pendidikan utk seluruh sekolah di negara kt.

Dan di akhir kata Dr adalah dengan mewujudkan satu Institusi Kefahaman Pendidikan Islam (IKPI) yg memberi fokus kpd penyelidikan, persidangan dan penerangan dlm menghadapi bahaya dan ancaman sekularisme.Maka jelas dan terang bersuluh cahaya kpd kt bahawa peri pentingnya dengan melaksanakan atau penjelmaan semula sistem Pendidikan Islam Negara kpd kita.


Kesimpulannya di sini, kongres rejuvenasi ini adalah satu keperluan semasa.Andainya umat Islam masih memiliki sebutir kesedaran tentang pesanan Allah agar jangan sampai meninggalkan generasi yg lemah ( dhurriyyatun di'afa) mereka harus sanggup melancarkan jihad pendidikan dgn segala usaha.Kita harus bangun dan sedar dari membiarkan masa depan generasi umat dikorbankan semata-mata untuk mencapai kepentingan jangka pendek politik dan ekonomi golongan tertentu.

Ya, maka kita ini sebagai waris atau bakal menjadi ibu bapa tidak hanya akan menyempurnakan tanggungjawab sekadar " melepaskan batuk di tangga" tetapi kita perlu merungkaikan masalah MASA DEPAN GENERASI ANAK KItA.

WAALLAHU'ALAM..

Thursday, May 28, 2009

"Apabila Manusia Tidak Takut Kepada Penciptanya"



Apabila manusia tidak takut dengan penciptanya
Cuba kita bayangkan keadaan ini berlaku pada diri kita apabila kita berada dalam situasi di mana kita ditugaskan dengan perkara –perkara yang perlu berhadapan dengan golongan yang tidak kenal hukum –hukum Tuhan ,malahan yang tahu tetapi tetap jua melakukan ini telah membuatkan hati yang panas membara akan terus membakar.

Tetapi dengan global dan majunya masa kini, perkara yang remeh ini sudah menjadi kebiasaan pelbagai pihak-pihak tertentu.Pihak yang ingin di bincangkan adalah Penguatkuasa Agama.Mereka telah “lali” dengan masalah atau tugas mereka ini.
Kita semua mengetahui bahawa bilangan masalah sosial yang semakin meningkat ibarat tumbuhnya cendawan selepas hujan,hingga buntu pihak tertentu dibuatnya untuk membanterasnya.

Masalah sosial ini adalah seperti kesalahan khalwat, bergaul bebas, minum arak, melakukan zina sehingga masalah menggugurkan anak, melahirkan anak zina sehinggakan ada yang sanggup membunuh bayi-bayi yang tidak bersalah ini.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh jabatan Pendaftaran Negara (JPN) daripada tahun 1999-2003, terdapat 70,430 anak luar nikah yang dilahirkan dan didaftarkan kelahirannya kepada pihak JPN.MasyaAllah, apa yang jadi kepada masyarkat kita sekarang, cuba kita renung kembali,.Ke mana perginya nilai kemanusia itu sendiri, ianya lenyap dek tiupan angin senja,ada tapi tak rasa.

Baru-baru ini satu serbuan telah dilakukan oleh pihak jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di bawah bidang penguatkuasaan dan undang-undang syariah. Serbuan yang telah dilakukan dibeberapa buah rumah kosong yang dibuat sewa.Pihak penguatkuasa yang terlibat seramai 14 orang dengan menaiki 2 buah van.Setibanya di tempat kejadian, suasana bising oleh pemilik rumah tersebut yang terdiri daripada bangsa cina,mereka menafikan bahawa tiada sesiapa pun di dalam bilik-bilik sewaan tersebut.Namun, apabila mereka tetap “menerjah “masuk didapati pasangan yang berkhalwat cuba melarikan diri.
Mereka didapati bersalah bersama bukti-bukti yang dijumpai.Remaja perempuan berumur 17 tahun di tangkap. Hai adik..belum habis belajar lagi dah terlebih bijak melakukan perkara yang tidak bijak. Ini menunjukkan manusia tidak takut kepada allah.
Namun, ada juga segelintir manusia yang mahu “mengkondemkan” kerja pihak Penguatkuasa ini.Saranan mereka ini supaya memghentikan tangkapan khalwat ini seolah-olah menggalakkan umat Islam terus melakukan maksiat kerana tidak ada tindakan pencegahan yang tegas.Bersorak, berteriaklah sepuas-puasnya golongan yang tak kenal tuhan ni.



Persoalannya jika kita dikurniakan Allah kuasa di tangan, mengapa kita mahu memilih kaedah selemah-lemah iman.Salah satu daripada tujuan hukuman dalam Islam adalah sebagai bentuk pencegahan.
Dalam Islam sekiranya seorang pesalah perlu dikukum dengan hukuman sebatan di khlayak ramai.Sejauh mana usaha mendidik dan mencegah masyarakat Islam daripada berleluasa melakukan dosa sangat wajar difikirkan oleh pihak ilmuwan terutama pihak mufti.bagaimana peruntukan undang-undang dan bidang kuasa syariah serta perlaksanaannya yang begitu sempit diberikan kepada Mahkamah Syariah dapat dipertingkatkan seperti yang selayaknaya.
Mari kita renung dan imbau kembali sejarah kita dahulu dimana Islam dijunjung mulia namun kini Islam di pijak-pijak malah dinodai oleh musuh Islam bersama kerjasama yang tidak kita sangkakan iaitu umat islam sendiri menjatuhkan Islam itu sendiri.

Rasulullah pernah bersabda : “ Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak terpuji” Pada era sekarang, kita tidak dapat lari daripada mnegakkan kembali ajaran Islam kerana masyarakat Islam itu sendiri renggang dan jauh daripada Islam.Jika sejarah kita dahulu menunjukkan bagaimana apabila ayat al=quran pengharaman arak diturunkan, sahabat berduyun-duyun membuang arak tanpa mempersoalkannaya.Tetapi sekarang selepas, 1400 tahun berlalu penghayatan al-quran amat rendah.
Kita tidak boleh berdiam diri, kita perlu terus mendidik ahli masyarakat, siapa tahu, suatu hari nanti apabila masyarakat sudah terdidik, kia sudah tidak memerlukan perundangan moral ini. Hanya ketika itulah masa yang sesuai umtuk menghapuskan perundangan itu dan bukannya sekarang.

Selagi seseorang itu beragama islam maka ia berada dalam suatu sistem yang lengkap. Islam tidak sekadar rutin ritual harian tetapi suatu cara hidup merangkumi semua aspek kehidupan.Apa perkara pun yang kita lakukan hendaklah berlandaskan kepada ajaran agama islam.Jauhilah segala perbuatan yang tersasar daripada hukum agama atau yang berada di luar ruang lingkup ajaran Islam. Islam adalah sebuah agama yang indah sepertimana kita telah lama ketahui, keindahannya akan lebih ketara sekiranaya islam itu diamalkan sepenuhnya.

Tuesday, May 19, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum...rakan sekalian sedar tak sedar kita telah meningkat dewasa.Betul kan, kalau difikir kembali betapa susahnya ibu dan ayah kita membesarkan kita.Tetapi sempena hari ibu ni, sahabat sekalian ada tak ucapkan selamat hari ibu kepada ibu-ibu sekalian.Kalau yang sudah tu, alhamdulillah.

Happy mother day, bukan hanya satu perkataan atau perayaan, tetapi ia mengandungi makna tersendiri.Hari ibu,siapa tak ingat hari ibu..Ibu kita lah yang mengandungkan, melahirkan menyusukan dan mendidik kita dari kaki yang hanya besar ibu jari sehinggakan kaki kita sebesar kaki gajah.

MAMA..
anakanda masih memerlukan petunjuk,
ke jalan kebahagiaan,
dunia dan akhirat,
setia mengajar erti kekuatan,
restu dan doa mama iringkan,
terima kasih atas segalanya,
jasa mama akan anakanda kenang,
Kerana engkau adalah IBUKU..

Inilah pengorbanan seorang ibu kepada anaknya, tak ternilai dek dibayar wang, dan tak terkira apabila dihitung jari..Bagaimana sebenarnya ibu kita mahu sebagai balasan..
Ibu-ibu kita tak minta dibalas wang tetapi kita perlulah membalasnya dengan kasih sayang kita, kejayaan kita ,hormatnya kita kepada mereka dan berjayanya mereka melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah,itulah impian mereka.

Seringkali kita berdoa selepas solat kan, " YA ALLAH AMPUNILAH SEGALA DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU.KASIHANILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHIKU SEJAK KECIL LAGI " Kita perlulah terus berdoa untuk mereka.

"Permata yang berharga lahir dari sebuah kaca yang digilap 'dalaman' bukan hanya 'luaran' sahaja " Begitulah ibarat ibu yang mendidik kita..

Waallahua'lam...SElamat Hari Ibu..

Tuesday, May 12, 2009

Ahlan Wasahlan warga KUIS..


Tidak la terlalu awal dan terlalu lambat untuk saya ucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi KUIS selamat datang kembali ke bumi KUIS yang barakah ini.

Sunday, February 15, 2009

Ada Apa Pada Hari Kekasih?



Salam bicara bertemu kembali.Ada apa pada hari kekasih? Pada 14 Februari yg lepas merupakan tarikh penting bagi mereka yg menyambut Valentine's Day.Apa yg istimewa sangat dgn hari itu.. Kita tengok rata-rata muda mudi menyambutnya?
Pening difikirkan.Mereka lebih seronok dgn tarikh tersebut berbanding dengan hari maulud nabi dan sabagainya.Yang menjadi persoalannya,bukan sahaja muda mudi lain,malahan muda mudi yang beragama Islam!lebih jelas lagi mahasiswa Islam yang tahu hukum hakamnya.

AF pelik rasanya.Baru-baru ni AF baca kosmo,ada berita pasangan yg kena tangkap pada malam Valentine tersebut.MasyaAllah,apa nk jadi dgn masyarakat sekarang.
Yg lebih pelik lagi di Mexico ada pulak yang buat rekod dunia,39,897orang cipta rekod bercium sempena "hari kekasih".

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine's Day ni menular dan telah lama menjadi budaya di kalangan masyarakat kita.Ia semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik.Menurut mereka ini adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada pasangan mereka.

Perayaan ini biasanya diraikan oleh masyarakat kita di kafe-kafe,hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik,yang mana setiap pasangan itu memberikan hadiah berupa bungkusan coklat ataupun bunga yang bertuliskan perkataan " I wish you will be my valentine' kepada orang yang disayangi.

Ini tidak menghairankan kerana budaya ini diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme.Mereka bnyk menghabiskan dengan aktiviti tidak bermoral sehingga sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks. Bagi merungkaikan isu ini,kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal usul ia muncul dan menjadi budaya masyarakat kita.

Dari sudut bahasa,Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom,iaitu Valentinus.Menurut sejarah pula,perkataan itu diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine.Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova,Sepanyol pada14 Feb 270 masihi begitu bermakna bagi ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.Oleh itu, tarikh tersebut disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut.

Yang menjadi tanda tanyanya di sini,apa kena mengena sambutan tersebut dengan muda mudi kita di sini.Terdapat bnyk lagi kisah yang berkisar mengenai hari kekasih ini.Ada sejarah mengatakan pada14 Feb ini, St.Valentine telah dibunuh kerana pertelingkahannya dengan raja Romawi yang diperintah oleh raja Claudius II(268-270M)Apa juga mitos, sebab musabab dan sebagainya,14 Februari bukanlah untuk umat Islam meraikannya sebagai hari kekasih.

Begitu pandai musuh-musuh Islam menanam budaya ini ke dalam fikiran umat Muslimin. Dan kini bila kita dah tahu asal usul sejarah sebenarnya,tahu intipatinya maka budaya ini perlu dijauhkan oleh masyarakat kita.Mengapa perlu diamalkan sedangkan Islam menggalakkan umatnya sentiasa berkasih sayang setiap waktu bukannya ada waktu tertentu sahaja.Malahan sekiranya kita ada bergaduh atau tidak bertegur sapa selama tiga hari berturut-turut,hukumnya sudah jatuh haram kan.

Dalam hal ini juga Panel Kajian Aqidah(PKA) dan Panel Kajian Syariah(PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) telah memutuskan bahawa " Amalan menyambut Hari Valentine's Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam" Ya..sudah jelas sekali amalan budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik.Di dalam Islam ,Allah SWT menggalakkan umatNya mengasihi sesama mereka secara ziarah menziarahi selain berkongsi suka duka setiap waktu.Berkasih sayang juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri,keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh umat manusia.

Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat96 yang bermaksud: " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,Allah akan melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dakam hati orang ramai perasaan kasih sayang"

Maka,sedarlah masyarakat kita sedang ditipu.Sedarlah kalian dari tipu daya dari Barat ini.
WaAlllahu'alam..

Thursday, January 22, 2009

Statistik Persahabatan Dan Perjuangan..




Bismillahirahmanirahim..pembuka tirai madah pada kali ini..Pertama dan selamanya ana ingin mengungkapkan rasa syukur ke Ilahi kerana masih diberi kesempatan dan ruang masa utuk teruskan madah kalam ana ini..Sebenarnya pada kali ini ana sendiri masih bengung tidak sampai idea untuk ana kongsikan,namun ana ada sedikit coretan buat sahabat perjuangan sekalian.

Sebenarnya ana ingin fokuskan warkah ini utk shbt ana(shaleen)sebagai hadiah yg tidak seberapa sempena ulangtahun kelahirannya yg kedua puluh..pada tanggal 23 januari.eh,dah tua ya..takpa tua ini maknanya kt semakin matang.Betul...kan

Ana harap watikah yg tidak seberapa ini boleh menjadi medal semangat kpd shbat semua.Walaupun ia hanyalah tulisan namun ia adalah tulisan yg hidup dari kalbu ana.

" akan ku semai benih geometri untuk melahirkan bibit-bibit trigonometri.Biarpun taburan poison ingin memisahkan kita, namun aku tetap pertahankan hubungan ini agar teoram binomial menjadi satu pengamiran.Aku tetap menyayangi kalian meskipun janjang arithmetic dan janjang geometri ingin melaratkan kita.

Adakah kau tahu sahabat,fungsi kuadratik itulah yang menjadikan kita lebih legaritma. Persahabatan kita ibarat fungsi graf,kadang-kadang parabola,kadang-kadang hiperbola dan sesekali memecah elips.

Persahabatan kita yang akrab umpama sudut pedalaman bertentangan segiempat kitaran takkan aku lupakan.Tanpa kalian siapalah aku...ibarat bulatan tanpa lilitan. Semuanya sama rata bagi kita.kerana kita semua adalah serupa umpama sudut pada lilitan yang dirangkumi oleh lengkuk yang sama. Di kala aku kebingungan, kalian muncul secara penjelmaan dalam sartah cartesan dalam hidupku. alangkah indahnya waktu itu....

Sahabatku,biarpun identity trigonometri dan masalah 3 dimensi harus kuhadapi, namun hati ini tetap tabah menghadapi kebarangkalian satu persamaan garis lurus yang akan menyatukan kita melalui kolerasi sebuah taman " persamaan linear" yang abadi...Harap - harap kalian adalah pemikir walaupun kita akan mengalami translasi suatu hari nanti. Garis lurus yang perlu kita lalui masih panjang...teruskanlah.."

Sahabat walau kita ditimpa badai ombak atau tsunami yg besar yg mana akan mengubah hidup kita,namun ingatlah perjuangan kita untuk Allah,Rasul dan Islam perlu diteruskan.. Betul..kan.

"ana tidak dapat nak teruskan kerja ini la,berat!!"kata salah seorang teman.
Berat? Sahabat tau tak seberat mana pun kita ungkapkan namun ia tidak meringankan selagi kita masih di takuk yg lama tidak bergerak seiring perjuangan kita.
walaupun perjuangan kita ibarat setitis embun,hanya ada pada hujung daun,,namun ia amat bermakna di mana dapat mengubah bentuk batu-batu di bumi ini.

Ana kagum dgn sahabat ana ni walaupun dia ditimpa badai tiupan angin kencang yang akan mengugah sesekali hidup ini namun semangat yang ketal dipamirkan adalah alat pembantu atau cermin bagi si buta kepada ana.Syabas enti..(Shaleen).

Terima kasih kerana selama ini enti bnyak memberi dorongan dan semangat enti itu adalah pendorong kpd ana untuk terus ke hadapan.Enti perlulah sentiasa semangat walaupun duri itu sesekali singgah untuk menyakiti kita dan terus meruntuhkan semangat kita.

ada satu lirik lagu yang ana tertarik dan ingin ana tujukan kpd Shaleen..

" there were times,
when i was all alone then you come,
and shared your laughters,
we're bonded together,
to" teruskan perjuangan hingga sampai titisan darah untuk Allah ,Rasul dan Islam"
during we ups and downs,
with no fear and shy,
cause we're like siblings and "ukhwah fillah"
all said and done, we just wanted to have fun in" perjuangan"
Days have gone by
and nothing stays
memories remain, and "ukhwah" never ends,
Gone with the troubles,
unware, time is passing by...
we know that it true, when people say
"things changed, but it time to move on"
but one thing for sure that we will never forget...because Allah said
"Sayangilah saudara kamu sepertimana kamu mnyayangi dirimu"
Those were the days when i really knew that you are" sahabati"

Lirik lagu ni ana campur bermacam versi sebenarnya..x pe kan.
Mata ana pun dah lentok2 ..sebenarnya,tapi tak ngapa,ana nak teruskan sedikit lagi..

"kehidupan umpama mosikal sepuluh lejang,kebanyakan kita tidak pernah menggunakan lejang yang kita ada"
Ya betul..
Boleh la selepas ini kita tafsirkan dengan diri kita sebenarnya.Kudrat yang diberi Allah kepada kita sebagai pemuda " shabab" yg perlu gunakan untuk sebaiknya.Renung-renungkanlah..

ana rasa perlulah ana labuhkan tirai ini seketika waktu,ana harap jika dipanjangkan usia,wadah ini akan terus ana lakarkan .InsyaAllah.
wa fi kullihal,Wasalam...

Saturday, January 10, 2009

Sedikit Fakta Kekejaman Yahudi




Assalamualaikum..Gambar yang menyayat hati.MasyaAllah,satu demi satu nyawa kanak-kanak yang melayang.Hingga kini..kita di sini hanya boleh melihat??Allahukhbar!Ya Rabb,selamatkan umat Islam di Palestin.AF ada sedikit perkongsiaan mengenai kekejaman yahudi.Mari kita baca dan menghayati setiap saat dan waktu yang telah berlalu..

13 Disember 1947- Sebuah perkampungan orang Islam Palestin,Yehida berhampiran Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878) diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.

1 Januari 1948-kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung AlSheikh(5 km di Tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.

9-10 april 1948 - Dalam Operation Unity,pengganas Haganah.Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari.Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih,52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.

11 Julai 1948- Batalion ke 89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu berkumpul di Masjid Dahmash seperti yang dijanjikan.Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba,mereka semua mati.

15-18 September 1982- Seramai 3000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembeelih di Khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon.Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon,Perdana Menteri Israel sekarang(sewaktu rencana ini ditulis).

MasyaAllah..

Thursday, January 8, 2009

Bantahan Demi Bantahan Untuk Mempertahankan Bumi Palestin





DI sebatang jalan, antara yang paling sibuk di Silicon Valley, Amerika Syarikat (AS), ratusan warga Palestin-Amerika berarak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai tanda bantahan pencerobohan tentera Israel ke atas Genting Gaza.Ya..kini apabila kita membaca akhbar atau melayari website,semuanya berkitar tentang perarakkan yg meluahkan perasaan ketidakpuasan hati apabila melihat umat Islam di Palestin mati dihujani peluru oleh tangan Yahudi laknatullah.

Di AS terdapat perarakan telah bermula di sebatang jalan di Silicon di mana seorang wanita telah menjerit,"Berhenti mengebom keluarga kami," jerit Inshirah Abusneineh di persimpangan Stevens Creek dan Winchester."Bebaskan Palestin! Bebaskan Palestin!" laung kumpulan tersebut. Abusneineh, 34, dilahirkan di Baitulmaqdis dan datang ke AS ketika berusia empat tahun. Dalam tunjuk perasaan itu, beliau turut membawa empat orang anaknya menentang kezaliman Israel. Adiknya, Khitam, 25, datang bersama dua orang anak kecil. Keluarga itu berdiri di hadapan kompleks beli-belah Valley Fair. Sesekali kereta bergerak laju dan sangat hampir dengan mereka.

"Kami masih mempunyai keluarga di Palestin. Kanak-kanak di sana dibunuh sedangkan mereka tidak berdosa," kata Abusneineh dalam nada sedih.
Lama-kelamaan bilangannya bertambah ramai disertai oleh generasi Pelestin-Amerika yang tinggal di Silicon Valley. Mereka terdiri daripada keluarga-keluarga muda yang menyorong kereta bayi, remaja, pelajar dan golongan profesional.

Manakala,semalam di sini ramai umat Islam menggunakan kesempatan selepas solat Jumaat semalam bukan untuk kembali kepada rutin masing-masing, sebaliknya berarak dan menyertai demonstrasi mengutuk kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Di Kuala Lumpur, hampir 5,000 orang menyertai demonstrasi aman di luar Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak dengan membawa pelbagai sepanduk serta poster mengecam Israel sambil menjunjung bendera Palestin.Mereka juga menyokong tindakan persatuan pengguna memboikot barangan buatan Amerika dan sekutu Israel.Perarakan itu dikawal ketat oleh anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trafik. Para peserta bersurai kira-kira sejam kemudian.

Dan pada hari yang sama hampir 100 orang mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)turut sertai demonstrasi di hadapan Kedutaan Mesir.Turut bersama pada hari itu seramai 3,000 mahasiswa dimana datang dari segenap penjuru di bawah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).Yang datang dari utara, KOlej Universiti Insaniah,UUM UITM dan tidak ketinggalan juga dari selatan mahupun timur iaitu kelantan.Dengan berpakaian serba hitam semua mahasiswa melaungkan takbir!!Hancur Yahudi Laknatullah!!.Ucapan disampaikan oleh wakil-wakil dan ucapan dari Presiden GAMIS,acara bacaan ayatul Al-Quran dan sajak turut disampaikan.


Seluruh warga dunia mengecam tindakan kejam Israel. Seperti biasa, dengan angkuh rejim zionis itu langsung tidak menghiraukan segala bantahan. Tunjuk perasaan berlaku di kebanyakan negara, malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah banyak kali digesa agar mengusahakan gencatan senjata sesegera mungkin, sebelum lebih ramai kanak-kanak, wanita dan orang awam Palestin menjadi korban.

Malangnya, setakat ini masih tidak ada penyelesaian konkrit dilaksanakan oleh mana-mana pihak. Israel terus mendabik dada dan bermegah kerana mendapat sokongan kuat daripada AS yang menjadi sekutunya.Sokongan itu mendorong Israel terus galak membedil kawasan awam di Tebing Gaza.

Lebih memburukkan keadaan, sewaktu masyarakat Palestin berjuang dengan lontaran batu dan senjata sekadar ada, tentera Israel pula dilengkapi dengan pelbagai senjata moden, pesawat pejuang dan kereta kebal. Malah, kezaliman Israel terserlah apabila mereka berkemungkinan menggunakan bom kimia fosforus. Berdasarkan Perjanjian Geneva 1980, bom yang boleh membuatkan sesiapa terkenanya melecur itu diharamkan sama sekali penggunaannya ke atas orang awam.

Sebenarnya, rejim Israel sangat bersedia untuk berperang. Buktinya, laporan Middle East Online menyatakan tentera Israel telah menjalani latihan selama 18 bulan dalam model bandar Gaza yang didirikan di pangkalan tentera Tsehilim di Gurun Negev, selatan Israel berhampiran sempadan Gaza. Israel menggunakan alasan lapuk untuk menceroboh Genting Gaza iaitu mempertahankan diri daripada serangan roket pejuang Hamas ke penempatan Yahudi.

Ironinya, Hamas adalah parti kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Palestin menerusi pilihan raya, namun ia dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Washington serta beberapa negara barat lain. Peperangan itu juga telah mengakibatkan krisis kemanusiaan kian meruncing apabila penduduk kehabisan makanan dan minuman. Bandar Gaza dan pusat perubatan utamanya, Hospital Shiffa, juga bergelap tanpa bekalan elektrik.

Hospital-hospital kini bergantung kepada generator apabila sebanyak 12 saluran bekalan elektrik tidak lagi berfungsi. Tanpa tenaga elektrik untuk menggerakkan pam, 70 peratus penduduk Gaza berdepan keputusan bekalan air. Bukan itu sahaja, krisis tenaga ini boleh mengakibatkan air kumbahan memasuki kawasan perumahan dan pertanian. "Sistem air dan kumbahan di Gaza sudah lumpuh. Orang ramai tidak lagi mempunyai bekalan air dan kumbahan membanjiri jalan raya," jelas Timbalan Pengarah Penyedia Utiliti Air Gaza (CMWU), Maher al-Najjar.

Al-Najjar juga memberitahu sebanyak 48 daripada 120 buah perigi langsung tidak boleh digunakan akibat ketiadaan elektrik. Sementara 45 buah perigi lagi tidak mampu beroperasi sepenuhnya dan terpaksa ditutup dalam tempoh beberapa hari lagi.

"Gila! Peluru dan roket melintas di atas kepala. Saya yakin semua orang awam terbunuh kerana kesilapan dan anda tidak tahu anda akan jadi mangsa seterusnya," kata isteri Kafarna.

Firman Allah SWT yang bermaksud:" Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat(di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil)melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam.Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan(sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), Yang mereka lakukan.Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan."(surah Al-Maidah 78-79)

Kekejaman demi kekejaman yang telah dilakukan..Wahai umat Islam,sedarlah kalian.Bukaklah mata hati anda semua,jangan pekakkan teliga dengan tidak mendengar tangisan-tangisan mereka.Bantulah saudara kita di sana.Banyakkan berdoa meminta kepada Ya Rabb,semoga tentera-tentera Yahudi laknatullah hancur.Khaibar..Khaibar ya Yahud!!Kuatkan tentera-tentera Islam,.Ya Allah..