Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Wednesday, December 24, 2008

WACANA JIHAD 2



Assalamualaikum pembuka tutur bicara dari AF.Semoga iman kita sentiasa sihat.AF ingin meneruskan kalam AF yg sebelum ini terberhenti seketika..Hari ini keretapi kita akan terus bergerak ke terminal seterusnya.ting..ting.

AF akan sambung mengupas kulit buah limau...??kulit buat limau?kenapa pulak dengan kulit buah limau.Bukan.Maksud AF adalah cerita sedikit mengenai sebelum ini iaitu mengenai JIHAD.

Sebagaimana yang kita telah jelas,Islam mensyariatkan perang jihad kerana ia adalah keperluan yg semula jadi selama wujudnya Islam di muka bumi ini.Walaubagaimanapun, perang jihad yg disyariatkan adalah perang fi sabilillah,bukan kerana kepentingan kekuasaan,golongan,pertumbuhan,bangsa atau hawa nafsu.

AF ada satu cerita yg nak dikongsikan.Cerita ini AF ada terbaca di dalam buku yang dikarang oleh Dato' Harun Din iaitu kisah Heraclius dengan tenteranya.Sejarah ada mencatatkan,bahawa bangsa Arab sebelum memeluk agama Islam seperti yg dinyatakan oleh Profesor Ahmad Shalabi dalam kitabnya,"Sejarah Islam dan Tamadunnya" adalah bangsa yg berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama sendiri.
Kerajaan Rom dan Parsi yang terkenal dengan kegagahannya pada masa itu tidak begitu berminat menjadikan tanah Arab seluruhnya di bawah jajahan mereka.Bagi mereka, ia seolah-olah tidak ada apa yg diharapkan drp bangsa itu.Tidak ada kekayaan dan tidak ada pula tenaga manusia.Ia membayangkan betapa mundurnya bangsa Arab pada pandangan kerajaan Rom.

Apabila Nabi Muhammad diutuskan kepada mereka,dalam jangka masa yg singkat sahaja bangsa Arab bersatu padu dan mendapat kekuatan yg tidak pernah diduga oleh bangsa-bangsa yg gagah pada zaman itu.Islam terus berkembang ke seluruh tanah Arab dan mula menggugat kerajaan Rom dan Parsi.Beberapa peperangan telah berlaku,antaranya peperangan Yarmuk pd zaman Umar bin al-Khattab.Pada masa itu,tentera Rom seramai dua ratus ribu org,manakala jumlah tentera Islam sedikit,tetapi kemenangan berpihak kpd Islam.Disinilah berlakunya kisah yg merupakan dialog antara Heraclius dgn tentera2nya yg lari dr medan perang itu.Heraclius sgt marah kpd tenteranya.Beliau mnyumpah mrk dgn kata2 kasar.
Heraclius:Celakalah kamu!Beritahu aku apakah jenis tentera yg kamu hadapi dlm peperangan itu.Manusiakah mrk ataupun bukan?
Tentera:Tentera2 Islam adalah manusia jg tuanku.
Heraclius:Siapakah yg lbh ramai bilangannya di dlm peperangan itu?Kamu atau mrk?
Tentera:Tentera tuanku berkali-kali ganda lbh ramai drpd tentera2 Islam itu.
Heraclius:Apakah jenis senjata yg digunakan oleh tentera2 Islam?Adakah mutu senjata2 itu lbh baik dr mutu senjata yg kamu gunakan?
Tentera:Senjata tentera2 Islam lbh rendah mutunya drpd senjata2 kt dan mrk hanya menggunakan satu senjata shj kebnyakkannya iaitu pedang,sedangkan tentera2 kt lbh drp itu.

Heraclius semakin berang dan bertanya lagi;Kalau demikian keadaanya,mngapa kamu semua dpt dikalahkan oleh tentera2 itu?mengapa kamu kalah di dlm peperangan yg semestinya kamu boleh menang?mengapa?Semua berdiam diri dan tidak ada jawapan yg dpt disampaikan kpd Heraclius.Tiba2 salah seorang drpd tentera itu agak berumur di kalangan mrk tampil memberi alasan katanya, "Tuanku,sebab sebenarnya kt kalah adalah krn tentera yg kt hadapi itu ialah tentera yg tidak takut kpd sesiapa selain drpd Tuhan mrk.Mrk patuh kpd ajaran agama mrk hingga dlm peperangan pun mrk sembahyang beramai2,tolong-menolong dan patuh kpd ketua mrk dan ajaran2 agama mrk.Sedangkan tentera kt,tidak ada kejahatan yg tidak dilakukan.Dengki-mendengki sesama sendiri,hasut-menghasut tidak berhenti.Yg kuat menindas yg lemah.Arak,judi dan sebagainya terus diamalkan.Sebab itulah tentera kita kalah".

Sambungan...

No comments: