Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430 Untuk Semua...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum...Pertamanya AF ingin mngucapkan salam Maal Hijrah kp semua.Mcm mana dgn sambutan Awal Muharam ni..Adakah shbt semua membaca doa akhir tahun dan awal tahun.InsyaAllah semua baca kan..


Doa awal Tahun..

Segala puji bagi Allah,Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya,Allah,Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yg melimpah,sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam,dari sekalian kuncunya,tenteranya dan penolongya.Aku juga memohon perlindungan drpd nafsu amarah yg sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dgn perkara yg tidak berfaedah drpd mendekatkan diri kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.Segala puji hanya bagi Allah,Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam..Amin..

Waktu membacanya..Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram.

Seperti yg kt telah jelas bahawa Maal Hijrah adalah untuk kt menyingkap kembali peristiwa Hijrah di mana junjungan besar Rasulullah S.A.W telah bertekad menghadapi perubahan dgn melakukan perpindahan dari kota Makkah ke Madinah.Di mana hijrahnya telah membuka lembaran baru dalam sejarah Islam,apabila sebelum ini terdapat satu khabilah2 yg kuat atau berpuak2 di kalangan masyarakat Arab telah digantikan dgn kekuatan atau semangat ukhwah Islamiah diantara kaum Ansar dan Muhajjirin.

Justeru itu,bagaimana penghayatan kt dengan semangat dan falsafah hijrah Rasulullah yg ditunjukkan kpd kt.Kt perlulah mengambil semangat untuk menanam tekad dan menyemai azam untuk memperbaharui kehidupan kt ke arah yang lebih baik iaitu yg diredhai Allah.Perubahan dan penghijrahan kt ini adalah perubahan yg dituntut dari yg buruk kpd yg baik,dan yg baik kpd lebih baik.

Sepertimana firman Allah SWT melalui Al Quran:

" Sesungguhnya Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.." Surah ar-Rad ayat 11.


Bagaimana dgn azam kt pada kali ini?? Semoga azam kt pada kali ini adalah menjadi lebih baik dari sebelumnya..Dari jarang menjejaki kaki ke masjid sehingga menjadi "kaki masjid", dari malas bangun untuk solat tahajjud kpd seorang yg sering menangis memohon hidayah dan keampunan dr Allah pada setiap malam..dan selainnya.

AF nasihatkan pada diri AF sendiri dan shbt seperjuangan agar penghijrahan kt kali adalah di atas mencari keredhai Allah.Teruskan perjuangan kt ini yang mana perjuangan kt ini tidak akan berhenti sehingga tibanya hari KIAMAT.

Waallahu'lam..

No comments: