Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Monday, December 22, 2008

Matlamat Jihad di Medan Perang




Assalamualaikum..pembuka bicara.Salam dihulur dari ana kepada semua sahabat seperjuangan. Moga kali ini iman kita sentiasa baik dan sihat..Wacana pada kali ini adalah mengenai apa sebernanya dapat diertikan dengan istilah jihad?

Hari ini ramai orang keliru mengenai jihad.Jihad ditafsirkan oleh sesetengah orang sebagai perjuangan menyebabkan Islam menggunakan kekerasan dan keganasan dengan mengangkat senjata.Adakah hujah ini benar?Ramai orang turut menganggap jihad sebagai wasilah dakwah semata-mata sedangkan skop jihad adalah terlalu luas.

Ana petikan dari sebuah buku karangan Dato'Haron Din yang berjudul "Jihad Sebagai Survival Insan" dimana beliau berkata terdapat matlamat sebenarnya dalam perjuangan,pertamanya,Islam melancarkan perang jihad adalah bagi mempertahankan pencerobohan dan menghalang fitnah.Selain itu,ia juga sebagai pengabdian Muslim hanya kepada Allah yang Maha Esa.

Islam melancarkan jihad adalah bagi menegakkan sistem pemerintahannya yg adil.Keduanya.Islam melancarkan perang jihad adalah bagi melaksanakan kebebasan dakwah akidah,kerana tidak bererti kebebasan berakidah tanpa kebebasan dakwah.Ketiganya,Islam melancarkan jihad adalah bagi menegakkan sistemnya yg tersendiri yg mesti dipatuhi dan dipertahankan,krn itu shj sistem yg dapat menjamin kebebasan manusia.Pelancaran jihad ini adalah sebagai alat dan jalan bagi mempertahankan Islam dan kestabilannya.


Allah telah menyebut dalam surah Al-baqarah ayat 191 dan 192 yg bermaksud
" Oleh itu,sekiranya mereka memerangi kamu (di situ),bunuhlah mereka.Demikianlah balasan (kepada) orang-orang kafir.Kemudian sekiranya mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu) ,kerana sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani"

Sambungan....

No comments: