Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Thursday, November 20, 2008

Islam melindungi Wanita




Salam ukhwah buat sahabat semua.Alhamdulillah kerana pena ini dapat diteruskan lagi dengan izin Allah.Wadah kali ini ana ingin berkongsi mengenai wanita dan hukumnya apabila ingin keluar berjalan.

Islam amat mementingkan keselamatan dan kesejahteraan kaum wanita.Oleh itu,pada peringkat awal Islam kaum wanita dilarang bermusafir tanpa ditemani suami,bapa ataupun saudara lelakinya yang terdekat.Larangan ini bukan bertujuan mengongkong pergerakan kaum wanita sebaliknya bagi menjamin kesejahteraan mereka.Berhubung dengan ini,Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:"Janganlah seseorang wanita bermusafir selama tiga malam tanpa muhrim." Walau bagaimanapun,apabila suasana sudah aman dan sejahtera,kaum wanita diizinkan bermusafir seorang diri tanpa muhrim.

Namun sekarang sesetengah wanita zaman sekarang sudah pandai meletakkan hukum sendiri dengan keluar bertemu lelaki yang bukan muhrimnya tanpa ditemani lelaki muhrimnya..Malahan mereka menganggap pertemuan yang indah itu tidak akan mendatangkan darurat kepada mereka.

Ada perbincangan mengenai wanita dilarang bergaul bebas dan berdua-duaan dengan lelaki..Sebenarnya,larangan bergaul bebas dan berdua-duaan tidak hanya dikenakan pada kaum wanita.Kaum lelaki juga dilarang daripada melakukannya.Islam meletakkan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan bagi mencegah daripada berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Namun,dalam aspek tertentu,pergaulan terkawal adalah diizinkan.Sebagai contoh semasa menuntut ilmu,menerima rawatan kesihatan,berjual beli,berperang dan seumpamanya.Barat bersikap liberal dalam aspek pergaulan lelaki dan perempuan dan mengaggapnya sebagai cara hidup yang sepatutnya dicontohi oleh orang lain.Namun,statistik semasa menunjukkan,cara hidup sedemikian lebih mendatangkan kerosakan daripada kebaikan.

Kebanyakan daripada kes-kes yang melibatkan orang yang saling mengenali terutamanya semasa sedang berdua-duaan dan bertemu janji.Justeru,larangan bergaul bebas dan berdua-duaan yang ditetapkan oleh Islam amat relevan dengan dunia hari ini.Ia mendatangkan banyak kebaikan terutamanya bagi kaum wanita.

Oleh itu,wahai kaum wanita perlulah memahami setiap hidup ini ada aturan atau undang-undangnya yang telah ditetapkan oleh Allah.Beruntunglah kita menjadi wanita,dimana ada pepatah yang ana pernah dengar dan sahabat pun sokmo dengar "wanita adalah perhiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah".

Perhiasan yang cantik perlulah sentiasa dijaga,tidak terbuka sana sini agar cahaya, habuk-habuk kotor tidak dapat mengkotori sehingga menjadi berkarat.tidak cantik bukan kalau dah berkarat sana-sini...btul.kan..

Waallahu'lam..

No comments: