Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Thursday, January 8, 2009

Bantahan Demi Bantahan Untuk Mempertahankan Bumi Palestin





DI sebatang jalan, antara yang paling sibuk di Silicon Valley, Amerika Syarikat (AS), ratusan warga Palestin-Amerika berarak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai tanda bantahan pencerobohan tentera Israel ke atas Genting Gaza.Ya..kini apabila kita membaca akhbar atau melayari website,semuanya berkitar tentang perarakkan yg meluahkan perasaan ketidakpuasan hati apabila melihat umat Islam di Palestin mati dihujani peluru oleh tangan Yahudi laknatullah.

Di AS terdapat perarakan telah bermula di sebatang jalan di Silicon di mana seorang wanita telah menjerit,"Berhenti mengebom keluarga kami," jerit Inshirah Abusneineh di persimpangan Stevens Creek dan Winchester."Bebaskan Palestin! Bebaskan Palestin!" laung kumpulan tersebut. Abusneineh, 34, dilahirkan di Baitulmaqdis dan datang ke AS ketika berusia empat tahun. Dalam tunjuk perasaan itu, beliau turut membawa empat orang anaknya menentang kezaliman Israel. Adiknya, Khitam, 25, datang bersama dua orang anak kecil. Keluarga itu berdiri di hadapan kompleks beli-belah Valley Fair. Sesekali kereta bergerak laju dan sangat hampir dengan mereka.

"Kami masih mempunyai keluarga di Palestin. Kanak-kanak di sana dibunuh sedangkan mereka tidak berdosa," kata Abusneineh dalam nada sedih.
Lama-kelamaan bilangannya bertambah ramai disertai oleh generasi Pelestin-Amerika yang tinggal di Silicon Valley. Mereka terdiri daripada keluarga-keluarga muda yang menyorong kereta bayi, remaja, pelajar dan golongan profesional.

Manakala,semalam di sini ramai umat Islam menggunakan kesempatan selepas solat Jumaat semalam bukan untuk kembali kepada rutin masing-masing, sebaliknya berarak dan menyertai demonstrasi mengutuk kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Di Kuala Lumpur, hampir 5,000 orang menyertai demonstrasi aman di luar Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak dengan membawa pelbagai sepanduk serta poster mengecam Israel sambil menjunjung bendera Palestin.Mereka juga menyokong tindakan persatuan pengguna memboikot barangan buatan Amerika dan sekutu Israel.Perarakan itu dikawal ketat oleh anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trafik. Para peserta bersurai kira-kira sejam kemudian.

Dan pada hari yang sama hampir 100 orang mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)turut sertai demonstrasi di hadapan Kedutaan Mesir.Turut bersama pada hari itu seramai 3,000 mahasiswa dimana datang dari segenap penjuru di bawah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).Yang datang dari utara, KOlej Universiti Insaniah,UUM UITM dan tidak ketinggalan juga dari selatan mahupun timur iaitu kelantan.Dengan berpakaian serba hitam semua mahasiswa melaungkan takbir!!Hancur Yahudi Laknatullah!!.Ucapan disampaikan oleh wakil-wakil dan ucapan dari Presiden GAMIS,acara bacaan ayatul Al-Quran dan sajak turut disampaikan.


Seluruh warga dunia mengecam tindakan kejam Israel. Seperti biasa, dengan angkuh rejim zionis itu langsung tidak menghiraukan segala bantahan. Tunjuk perasaan berlaku di kebanyakan negara, malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah banyak kali digesa agar mengusahakan gencatan senjata sesegera mungkin, sebelum lebih ramai kanak-kanak, wanita dan orang awam Palestin menjadi korban.

Malangnya, setakat ini masih tidak ada penyelesaian konkrit dilaksanakan oleh mana-mana pihak. Israel terus mendabik dada dan bermegah kerana mendapat sokongan kuat daripada AS yang menjadi sekutunya.Sokongan itu mendorong Israel terus galak membedil kawasan awam di Tebing Gaza.

Lebih memburukkan keadaan, sewaktu masyarakat Palestin berjuang dengan lontaran batu dan senjata sekadar ada, tentera Israel pula dilengkapi dengan pelbagai senjata moden, pesawat pejuang dan kereta kebal. Malah, kezaliman Israel terserlah apabila mereka berkemungkinan menggunakan bom kimia fosforus. Berdasarkan Perjanjian Geneva 1980, bom yang boleh membuatkan sesiapa terkenanya melecur itu diharamkan sama sekali penggunaannya ke atas orang awam.

Sebenarnya, rejim Israel sangat bersedia untuk berperang. Buktinya, laporan Middle East Online menyatakan tentera Israel telah menjalani latihan selama 18 bulan dalam model bandar Gaza yang didirikan di pangkalan tentera Tsehilim di Gurun Negev, selatan Israel berhampiran sempadan Gaza. Israel menggunakan alasan lapuk untuk menceroboh Genting Gaza iaitu mempertahankan diri daripada serangan roket pejuang Hamas ke penempatan Yahudi.

Ironinya, Hamas adalah parti kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Palestin menerusi pilihan raya, namun ia dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Washington serta beberapa negara barat lain. Peperangan itu juga telah mengakibatkan krisis kemanusiaan kian meruncing apabila penduduk kehabisan makanan dan minuman. Bandar Gaza dan pusat perubatan utamanya, Hospital Shiffa, juga bergelap tanpa bekalan elektrik.

Hospital-hospital kini bergantung kepada generator apabila sebanyak 12 saluran bekalan elektrik tidak lagi berfungsi. Tanpa tenaga elektrik untuk menggerakkan pam, 70 peratus penduduk Gaza berdepan keputusan bekalan air. Bukan itu sahaja, krisis tenaga ini boleh mengakibatkan air kumbahan memasuki kawasan perumahan dan pertanian. "Sistem air dan kumbahan di Gaza sudah lumpuh. Orang ramai tidak lagi mempunyai bekalan air dan kumbahan membanjiri jalan raya," jelas Timbalan Pengarah Penyedia Utiliti Air Gaza (CMWU), Maher al-Najjar.

Al-Najjar juga memberitahu sebanyak 48 daripada 120 buah perigi langsung tidak boleh digunakan akibat ketiadaan elektrik. Sementara 45 buah perigi lagi tidak mampu beroperasi sepenuhnya dan terpaksa ditutup dalam tempoh beberapa hari lagi.

"Gila! Peluru dan roket melintas di atas kepala. Saya yakin semua orang awam terbunuh kerana kesilapan dan anda tidak tahu anda akan jadi mangsa seterusnya," kata isteri Kafarna.

Firman Allah SWT yang bermaksud:" Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat(di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil)melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam.Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan(sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), Yang mereka lakukan.Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan."(surah Al-Maidah 78-79)

Kekejaman demi kekejaman yang telah dilakukan..Wahai umat Islam,sedarlah kalian.Bukaklah mata hati anda semua,jangan pekakkan teliga dengan tidak mendengar tangisan-tangisan mereka.Bantulah saudara kita di sana.Banyakkan berdoa meminta kepada Ya Rabb,semoga tentera-tentera Yahudi laknatullah hancur.Khaibar..Khaibar ya Yahud!!Kuatkan tentera-tentera Islam,.Ya Allah..

1 comment:

durra abd razak @ kocikin... said...

mmg semuanya jalan buntu...sbb yahudi laknatullah...memegang ekonomi dunia...dlm dunia liberal nie...siapa yg pegang ekonomi...maka berkuasa laa kumpulan itu..

dan selagi..raja2 Arab yg kaya itu...takut utk bersuara..dan berjuang..sepertinya..mencurahkan air ke daun keladi...InsyaAllah..harinya akan smpai jugak...