Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Sunday, October 26, 2008

Kewujudan Blog

Pertamanya,rasa syukur atas nikmat Allah yang maha penyayang yang memberi ruang Af utk bernafas lagi di atas muka Bumi ini yang hanya dipinjam utk kita buat sementara waktu.Sahabatku pernah menegurku,"eh2,Af dah ada blog,mcm mane Af ada blog ni?".

Nak tahu mcm mane,inilah nikmat dari Allah.Ini atas budi baik seorang ukhti yang sanggup tolong Af buatkan blog ini.Pada mulanya Af bertanya kepada ukhti ini,Af tak pandai nak isi semua ini.Af tak sekreatif ukthi.Ukhti ini yang banyak membantu ajarkan bagaimana nak menghiasi blog ini.

Blog merupakan salah satu wadah perantaraan untuk menyampaikan dakwah islamiah.Namun,kita sebagai manusia kena pandai memilihnya,sama ada yang baik dan buruk untuk diri kita ini.Dan sekarang ramai sahabat Af dah ada blog.Alhamdulilah.

Istilah globalisasi merujuk kepada fenomena yang memperlihatkan dunia ini seperti mengecil dari segi perhubungan manusia kerana kepantasan perkembangan teknologi maklumat.Menguasai media massa dan mosilisasi masyarakat,seperti penggunaan blog ini merupakan jalan kebaikan masyarakat peka terhadap isu yang di bawa.

Blog ini juga salah satu media alternatif yang menggunakan jaringan Internet yang semakin popular digunakan,khasnya oleh golongan muda kerana masa dan ruangnya yang tidak terhad seperti media-media lain.Baru-baru ini,iaitu 11 Mac 2008,satu diskusi berkaitan blog bertajuk 'Penulis dan Blog:Trend Masa Kini ' telah diadakan di Dewan Pustaka.Dalam diskusi tersebut,ahli-ahli panel mendedahkan bahawa sehingga Februari lalu,terdapat 108 juta laman blog yang wujud,dengan 120,000 blog baru setiap hari @ 1.4 juta blog sesaat.

Penjelasan ini telah menunjukkan bahawa blog merupakan medium yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat,macam iklan tv9 "Dekat Di Hati" bagi menyalurkan maklumat antaranya agama,pendidikan,undang-undang,politik,bisnes.

Malah,bagi Af ia merupakan wadah bagi menyuarakan pandangan menerusi catatan-catatan atau diari dalam talian,keluh-kesah,artikel dan komen berkenaan pelbagai perkara,lazimnya yang berkaitan dengan masyarakat dan pemerintahan negara.Ia turut merapatkan ukhwah yang terjalin menjadi lebih erat..Btul.kan...


Waahua'lam..

1 comment:

husaini said...

salm.. blog yg baik.. teruskan perjuangan dlm penulisan d blog:-

”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.

Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.

Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....”

(Abu al-A’la al-Maududi)