Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Monday, March 22, 2010

TARBIYYAH DALAM GERAKAN ISLAM

Bismillahirahmanirahim..dengan rahmatMu Allah kini ku kembali menulis setelah berdiam diri agak lama kerana kekangan waktu yg tidak mengizinkan disebabkan masa aku perlu diluangkan di tempat kerja..Begini rupanya rutin harian org yg bekerja kan,pergi pagi balik petang,lepas tu pulak kena mengharungi kesesakan jalan raya.. Wadah ku kali ini bukan ingin menyentuh kisah ku yg kini sedang menjalani praktikal ataupun attachment selama sebulan.maklum la praktikal kali ni berat skit,dekat Mahkamah Tinggi Syariah. Kisahnya bermula di mana baru-baru ini,pada 14 Mac hingga 16 Mac satu tamrin atau program telah berlangsung di pondok Bukit Lada Kedah.Peserta yg terdiri daripada pelajar Smkak..dan objektif program diadakan adalah untuk melahirkan generasi yg akan terus ke hadapan untuk menegakkan syiar Islam.Asas yg diterapkan adalah tarbiyyah diri dan juga kepimpinan.Seperti yg kita maklum asas taarbiyyah ini sangat penting terutama apabila kita mahu satu gerakan Islam yang berkesan. ............................................................................................................................................................... TARBIYYAH DALAM GERAKAN ISLAM (SIRI 1) Tarbiyyah dlm gerakan Islam adalah tarbiyyah yg menggunakan pendekatan harakiyyah.Tarbiyyah harakiyyah adalah satu skema tarbiyyah yg sentiasa dan berterusan bergerak serta melahirkan para du’at yg bersifat dinamik, pro-aktif dan berorientasikan gerakan.Matlamat tarbiyyah harakiyyah adalah utk membina umat yg muttaqin serta melahirkan asykhas yg mempunyai ta’alluq billah yg kukuh dan mantap.Ini bermaksud bahawa tarbiyyah gerakan Islam bertujuan utk melahirkan satu generasi para du’at yg bertaqwa dan bersungguh-sungguh utk melaksanakan perjuangan Islam. Firman Allah maksudya: ‘Ingatlah, sesungguhnya pembantu-pembantu Allah,mereka tidak merasa takut dan bersedih hati.Mereka itu adalah orang-orang yg beriman dan bertaqwa.Bagi mereka berita gembira dlm kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di Akhirat.Tidak ada perubahan bagi perkataan (janji-janji)Allah.Itulah kemenangan yg besar. (surah Yunus;62-64) –petikan dari bukuRisalah Usrah 5,Persediaan Asasi dalam Gerakan Islam karangan Abu ‘Urwah ...................................................................................................................................................... Apa yg ana nk kaitkan antara tamrin yg berlangsung dgn asas tarbiyyah ini adalah kepentingan aspek tarbiyyah dlm melahirkan generasi muttaqin ini..dimana ia boleh diterapkan melalui tamrin2 tersebut.Berdasarkan pengamatan dan rumusan yg boleh dibuat,adk2 yg mengikuti program tersebut memahami konsep tarbiyyah dlm dakwah..dan mereka tahu peranan yg perlu dimainkan sebagai pemimpin terutama yg memegang kerusi2 penting dlm organisasi. Objektif lain yg boleh diambil adalah program yg melahirkan generasi berkebolehan utk memimpin,membimbing dan mentarbiyyah ummah. ......................................................................................................................................................... TARBIYYAH DALAM GERAKAN ISLAM (SIRI 2) Kepemimpinan merupakan sifat yg paling utama bagi du’at dlm membina ummah.Ini kerana kepemimpinan yg dimaksudkan di sini adalah kepemimpinan di segi ilmu,fikrah,tarbiyyah,qudwah,tanzim, dakwah dan jihad.Perubahan tidak mungkin dapat dicapai tanpa wujudnya bantuan serta sokongan daripada masyarakat dlm proses perubahan itu sendiri.Masyarakat pula tidak mungkin dapat diubah kecuali dengan wujudnya unsur-unsur yg menjadi perangsang kearah perubahan. Pentarbiyyahan yg Berjaya melahirkan para du’at yg boleh memimpin,membimbing,dan mentarbiyyah ummah adalah satu manhaj tarbiyyah yg boleh membawa kejayaan kpd perjuangan Islam.

1 comment:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....