Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Tuesday, December 15, 2009

Mahasiswa Berkualiti dan Reti



MAHASISWA BERKUALITI DAN RETI

Salam Mujahid Mencari Sinar Dakwah..
Betapa tabah dan cerdik para cendikiawan dan para ilmuan Islam dalam mencernakan ilmu yang dipelajari untuk dicanang dalam kehidupan seharian, dengan berjaya mencipta pelbagai kemudahan untuk kegunaan manusia pada zaman tersebut. Betapa cekal dan sabar mereka melakukan ulangan serta kajian berterusan sehingga beratus-ratus kali percubaan eksperimen, dan tidak berputus asa walaupun ada kalanya mereka terpaksa menerima hakikat yang sedikit mengecewakan di akhir perjalanan.

Namun bagaimana pula kita melihat kesungguhan mahasiswa pada zaman ini, adakah sama dengan apa yang telah dipertontonkan oleh mereka? Justeru itu, semangat dan perjuangan perlu dimulakan pada saat ini. Terutama di kalangan para ilmuan, di mana mereka tidak perlu alpa, dan leka serta membuang masa dengan hanya berpeluk tubuh bagaikan orang tidur disorokan bantal tanpa perlu berusaha mencari kelainan dalam memahatkan sejarah pada catatan diri sendiri yang bisa menjadi sebutan masyarakat disekeliling.

Umat Islam perlulah berhenti menyalahkan orang lain sepanjang hidup mereka. Sikap inilah yang akan melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri serta membantutkan usaha-usaha untuk membangunkan kembali ketamadunan silam. Kerana sikap inilah juga akan mencetuskan perpecahan sesama mereka dengan berlaku perkara-perkara yang merugikan keseluruhan umat Islam. Inilah usaha-usaha yang telah ditabur oleh barat yang dirancang secara terperinci, halus dan rapi untuk melihat Islam terus ketinggalan dan luput dari sejarah kegemilangan terdahulu.

Maka hendaklah umat Islam itu berubah secara keseluruhan dan sedar dari lamunan yang berpanjangan, dengan bangkit memberi sumbangan sosial, tenaga, buah fikiran, dan berkorban dalam satu barisan serta menggembleng arah tuju yang sama lagi mantap. Jalan-jalan inilah yang akan menyelamatkan mereka dari terjatuh ke dalam lubang-lubang kehinaan dan kemunduran yang telah diciptakan oleh pihak barat.

KESAN KEJATUAHAN KERAJAAN ISLAM DI TURKI

Sejak kejatuhan pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniah secara rasminya kepada rejim yahudi Mustapha Kamal Attartuk pada tahun 1924M sehinggalah kini, bermakna sudah hampir 85 tahun umat Islam kehilangan arah tuju dalam erti kata yang sebenar, dan masih lagi di dalam kerabaan malam yang bersuluh malap mencari jalan pulang. Bagaikan hilang tempat berpaut, suatu ungkapan bidalan yang cukup sinonim dengan situasi sekarang, sesuai menggambarkan keadaan umat Islam selepas keruntuhan sistem pemerintahan terakhir umat Islam sejak dari zaman pemerintahan agung Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.

Dalam kejatuhan yang tiada berpehujung, pihak Barat telah mengaburi umat Islam dengan pelbagai usaha dan dakyah dalam usaha untuk memesongkan cara berfikir umat Islam, dan yang lebih jauh lagi memesongkan akidah yang tulen dengan menyogok fahaman sekular yang berkonsepkan pemisahan agama dari urusan kehidupan dan pemerintahan. Maka jelaslah, pihak barat telah berjaya memisahkan kebanyakan umat Islam dari mempunyai minat dan kesungguhan di dalam menguasai ilmu-ilmu Islam, sains dan teknologi, paling menyedihkan dari mengamalkan ajaran yang sebenar.

Menghadapi cabaran Barat seharusnya menjadi agenda utama umat Islam di samping tidak meninggalkan perkara-perkara penting yang lain. Bersatu di bawah satu matlamat bagi mendaulatkan Islam di bawah satu panji berlatarbelakangkan konsep Islamiah dalam kehidupan. Umat Islam perlu memperkasakan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu dan kebolehan terutama yang berkait rapat dengan jalur lebar teknologi, penyiaran, bidang kejuruteraan, sains, biologi, bio-kimia, angkasa lepas (astronomi), dan sebagainya. Tanpa mengalpakan ilmu-ilmu yang lain yang terlebih utama, seperti ilmu-ilmu fardhu ain dan segala macam ilmu dalam agama yang berkaitan Fekah, Tafsir, Hadith, Bahasa Arab, dan sebagainya.

Dengan peranan ilmu inilah yang akan menjadi pelita sebagai garis panduan kita menuju kepada Allah Taala. Umat Islam perlulah bergerak dalam satu garis panduan yang terancang dan bukan mengikut arus gelombang sentimen dan emosi, dengan meletakkan cernaan akal yang sihat dalam berfikir di hadapan sebelum melakukan sebarang tindakan agar apa-apa sahaja yang dilakukan tidak terbabas lantas merosakkan langkah-langkah perancangan yang seterusnya. Ingatlah kita adalah pencetus pada satu reformasi bersepadu dalam melahirkan generasi celik dan berfikiran matang di dalam menongkah arus perdana yang kian mencabar.

Maka di sana, penguasaan ilmu yang mantap dan mengamalkannya dalam kehidupan adalah senjata paling ampuh untuk menangkis pancaroba yang datang menyerang bila-bila masa dan tempat. “Ya Allah Tuhan Maha Esa, bimbinglah hati-hati kami mencari keredhaan-Mu, bukan menempah kemurkaan-Mu

Tuesday, December 8, 2009

Buat Muslimah yang Dikasihi..


MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.J angan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........    


Alhamdulilah..tercapai juga hajat ingin mengarang dalam blog nie.Sudah berabad ana menyepi disebabkan beberapa kesuntukan waktu.Maaf ana memohon sekiranya,fungsi blog tidak digunakan dengan sebaik mungkin.Inilah wasilah dakwah yang perlu kita mainkan sekarang..

Menyentuh kata-kata yang ana petik dari blog orang,"muslimah yang dikasihi " Ana sedih sebenarnya apabila melihat situasi etika pemakaian pelajar-pelajar KUIS.Dahulu kita sering menunding jari kepada kampus UIA,UM dan sebagainya mengatakan di sana sudah tidak ada biah solehah dari segi pemakaiannya.

Tetapi, apa yang ana pandang sekarang,KUIS telah hampir kepada situasi tersebut.Tujuan ana bukan ingin memburukkan kampus sendiri, tetapi satu luahan ketidakpuasan jiwa melihat adik-adik yang semakin berani melanggar etika pemakaian yang telah ditetapkan berlandaskan syariat Allah.

.............................................................                
 Pukul 2.45 pm
Ciber cafe KUIS

"Salam dik,akak nak tanya sedikit kepada adik?"
"kenapa akak.."
"Adik dari mana dan memang boleh ke adik pakai seluar track suit datang kuis macam ni"
"'saya tengok ramai je yang pakai kak..lagipun saya baru balik dari lab"
"oo,adik buat apa dkt lab""nursing kan selalu masuk lab,ramai je yang pakai macam saya"

"biasa la kak..kita pg lab je"

Itulah antara perbualan ana dengan seorang adik,,kalau nak ikutkan hati nak tunjuk je gambar pemakaian yang sepatutnya.Bukan itu sahaja, sekarang dah menjadi satu trand mereka memakai selendang.Bagaimana kita nak kekalkan bi'ah solehah yang mana dahuku kuis terkenal dengan suasana bi;ah solehahnya, sekarang...malu dengan diri sendiri melihat sahabat semakin menjunam ke arah yang negatif.

Ana rindukan kerja-kerja dakwah yang sering dilakukan bersama,dahulu mudah nak jalankan kerja-kerja mar ma'aruf.kini kalau kita tegur sedikit, mereka dah pandang pelik, dan pelbagai fitnah lain pulak yang muncul.Oleh itu, ana harapkan kerja-kerja dakwah ini digiatkan semula agar mata kita tidak sakit melihat pelbagai bahana yang merosakkan imej kita sebagai umat Islam.Syariat Allah perlu kita tegakkan kembali di bumi kuis ini memandangkan kita adalah amanah Allah untuk mengembalikan syiar Islam..


"Dakwah pemacu umah,Islam matlamat dijulang"