Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Saturday, December 25, 2010

Yang Tenang sedang Berkocak..


Salam ketenangan bagi mengupas isu di DUN Tenang.Ana baru selesai research tentang daftar pemilih di utara sana..Walaupun dok utara,selatan punya jangan lupa.Tenang memang berada di dalam suasana tenang. Kita hampir tidak menyedari kewujudan DUN Tenang, jika tidak berlaku kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha (59) pada pagi Jumaat 17 Disember 2010 yang lepas.

Tenang di dalam kawasan Labis, Segamat ini memang disifatkan kawasan terpencil, kurang rancak dengan pembangunan. Masyarakat adalah terdiri dari golongan petani dan kurang berlaku peristiwa yang mengejutkan yang menarik perhatian masyarakat tentang kewujudan lokasi DUN Tenang.Samalah di tempat ana buat researh baru2 ni..dun kota siputeh.Calon PAS akan bertanding PRK Dun Tenang. Tidak mustahil untuk menang, tetapi bukan mudah jalannya. Dengan KETAQWAAN, KESUNGGUHAN BEKERJA dan KESABARAN menghadapi CABARAN, InsyaAllah KEMENANGAN pasti akan tercapai.

Ketenangan Tenang juga membuat al-Marhum Adun Tenang yang merupakan Adun tiga penggal berturut-turut itu tidak perlu bersifat agresif dan lantang dengan isu-isu baik bersifat tempatan atau negeri dan bagi beliau tidak perlu kepada publisiti dan populariti. Beliau cukup berpuashati dengan sokongan pengundi-pengundi setia yang memberi mandat kepadanya selama tiga penggal berturut-turut. Beliau telah berkhidmat kepada masyarakat Dun Tenang dan kembali ke Rahmatullah dengan tenang. Kita doakan semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.Suruhanjaya Pilihan Raya pagi tadi memutuskan PRK DUN Tenang akan diadakan pada 30 Januari, manakala penamaan calon pada 22 Januari tahun depan.

Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media berkata DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).
Pilihan raya kecil ini adalah yang ke-14 sejak tahun pilihan raya umum Mac 2008, dan pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008.
Ianya diadakan berikutan kematian Sulaiman pada 17 Disember lalu. Beliau meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Semua masing2 dh tak tenang.Kalo kita kaji,masyarakat kampung yg tidak didedahkan isu sebenar hanya menjadi pak turut bn.ye lah bagi bantuan,,muka masuk tv.jd kena pangkah bn la..manakala golongan profesional masing2 berada di ibu kota,ada yang memang hebat bila bercakap..bila suruh turun padang ke masyarakat,takut,x da masa la.inilah peluang kita.. perlu dekati masyarakat kampung yang masing2 menjadi pak turut..kita sebagai golongan hebat perlu bersama masyarakat..dedahkan hal sebenar.

Medan lapangan kita adalah masyarakat..mereka menilai.Terutama ana fokuskan mahasiswa,bila cuti balik kampung,terperuk dalam rumah..x nak keluar bermasyrakat..mcm mana masyarakat nak kenal.

Yang hebat..hebat la di kampus..medannya di kampus..semua isu dia tahu.sampai muka masuk tv selalu..bagus la.tp jangan lupa,,medan kita sebenar.jangan hebat dekat sana sahaja..tp masyarakat kampung x kenal kita.

adakah kita ketandusan kepimpinan..tidak..mahasiswa kita hebat belaka.oleh iu..janganlah hipokrit.jom lah sma2 turun padang.Ya kita adalah khalifah Allah..dah diamanahkan satu tanggungjawab besar,jangan hanya menjadi robot kepada tuannya..

Belajar semata2 nak kerja...semua pn boleh,tp kita belajar untuk terus kedepan,bila ada ilmu,perjuangan pn mudah.jangan pulak semangat nak berjuang tp ilmu x da.susah jg tu.

Sama2 la kita tinggatkan ilmu demi memperjuangan islam..kemenangan perlu dikekalkan,dan kekalahan perlu dimenangkan..untuk kemenangan islam bersama..
WaAllahua'lam.

Tuesday, December 7, 2010

Apabila Dentuman Kaki Kuda Perang Semakin Laju...



Salam tautan kasih sayang buat pembaca.Ribuan maaf kepada sesiapa yang melihat blog ana yang usang ini,dah banyak sarang labah-labah yang menghingap,maklumlah lama menyepi blog ana ni.Boleh dikatakan berbulan-bulan membisu dek angkara diri ini terlalu sibuk dengan urusan peribadi.

Alhamdulillah..satu kalimah syukur yang ana dapat luahkan kerana Allah memberi sedikit ruang untuk ana hiasi semula laman ilmu ana ni.InyaAllah kali ini tajuk yang ana ingin kupaskan agak bombastik dengarnya..

Dentuman KaKi Kuda di Medan Perang? Apa sebenarnya yang tersirat daripada bait-bait ini.Ana bukannya penulis hebat dalam ruangan menulis,tetapi bolehlah ana cungkilkan bakat ana ni dlm kedepan dlm bidang sastera..

Tentera Allah yakni umat nabi Muhammad sendirilah yang akan menegakkan kalimah La ila haillaAllah..kerana apa,apabila tugas pertama yg diamanahkan kepada kita sebagai hamba adalah khalifah.Jadi,adalah kaitan cerita yang ana ingin bangkitkan di sini,adakah wanita pun turut serta sebagai khalifah?

Ya..tidak kira lelaki mahupun wanita,kita telah ditaklifkan sebagai khalifah yang akan memerintah bumi Allah ini kepada landasan yang betul..Baru-baru ni Nisa' Kedah telah mengadakan program JAmbori Nisa' Kawasan Kuala Kedah dimana terdapat satu slot debat ala parlimen.Apa yang menarik di sini pelbagai hujah pencadang dan pembangkang mengenai topik wajarkah wanita terlibat dlm perjuangan..

SubhanaAllah.hujah adik2 peserta sungguh menarik,kadang2 melucukan.Nampaknya mereka jelas bahawa kita sebagai wanita sangat berperanan penting dlm perjuangan..berjuang bukan taklifan kepada kaum lelaki sahaja,malah kaum wanita perlu berjuang dari segenap sudut.

Perjuangan wanita boleh kita ambik iktibar dari sirah Rasulullah sendiri,di mana siti Khadijah merupakan mujahidah di sisi Rasulullah..berjuang demi dakwah Islam.Oleh itu,ayuh wahai muslimat sekalian..kita perlu faham konsep wanita itu sendiri..bukan hanya berperang didapur..malah segenap sudut.

Mad'u kita ramai diluar sana memerlukan bimbingan dari kita..umat Islam semakin terpesong,kitalah yg bertanggungjawab memperbetulkan kembali.




Resolusi daripada Jambori ini sendiri membuka lebaran yang luas,di mana program ini telah memberi satu tugasan penting buat pelapis2 mujahidah Islam..Jelaslah,peserta atau adik2 ini tahu peranan mereka selepas ini adalah mengembalikan IZZAh yg telah lama hilang.Dentuman kaki kuda perang semakin laju ini ana ibarat atau kiaskan muslimat kini dah semakin kedepan seiring dengan muslimin..alhamdulilah.ini lah perjuangan yang perlu diteruskan..

Laungan muslimat POWER! bukan sekadar dibibir.ia perlu dibuktikan..dan ana nampak buktinya sekrang.Ya..wanita yang dicipta adalah sebagai sayap kiri penting buat lelaki..bersama-sama melaksanakan tuntutan Allah mengibarkan syiar Islam.

Dalam surah Ar-Ra'du:
" Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutnya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah swt. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.Dan apabila Allah mengkehendaki terhadap sesuatu kaum,maka idak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia".

Akhir kalam dari ana untuk ringkasan coleteh ini adalah..ayuh muslimat yang menjunjung kitab Al-Quran,bangun bersama kedepan..jangan rasa diri ini lemah dan tidak berdaya..seiringlah kita dengan semangat perjuangn di mana idola kita bersama adalah isteri Rasulullah sendiri saidatina Khadijah r.a...

Thursday, May 13, 2010

Manfaatkan Masa Mudamu Wahai Shabab...




Salam tautan kasih sayang buat semua sahabat seperjuangan..Kalam yang bermadah tidaklah begitu hebat untuk dibicarakan,namun tanganku ini masih tetap mahu menaip bait-bait ayat untuk tatapan sekalian.



Kali ini madah yang ingin berbicara mengenai pentingnya atau manisnya masa muda kita.Kita adalah shabab pewaris generasi ke generasi..maka sangatlah rugi jikalau kita mengsia-siakannya kesempatan waktu yg ada.Kalau dihitung kembali apa sangat lah yg kita sumbang kepada Islam..kita berbalik kepada sirah perjuangan yg begitu hebat misalnya Sultan Al-Fateh,Salahuddin Al-Ayubi dan sebagainya..

Tentera-tentera Allah adalah dikalangan shabab..membuka Kota Konstinepol di kala umur yg masih muda.Sejarah tetap menjadi sejarah..dan bila lagi kita wahai pemuda yg akan mencipta sejarah..

"Tuhanku! Aku tidak layak ke syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu..Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku.Ampunkanlah dosaku.Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar."

Baru-baru ini,program yanga dipimpin MPMS untuk melahirkan pemuda-pemudi yang hebat di mana di situlah wadah untuk melatih mahasiswa kita kenal apa kita peranan kita sebagai penerus perjuangan Rasulullah..harapan yang tinggi sekali bahawa bukan sekadar mengisi masa kosong sambil bersantai malah segala harapan mengunung akan tercapai dengan semangat yang utuh disamping ilmu penyuluh pergerakan kita.



Penuhilah harapan kita dengan menjadikan jiwa kita merdeka daripada makhluk, dan mengharap sepenuhnya kepada Allah s.w.t kerana Allah sebaik-baik yang memenuhi harapan kita.



Ayuhal shabab..isilah masa yg masih berbaki di dunia ini dengan perkara yang menguntungkan Islam..binalah sejarah kita untuk pertahankan Islam yang tercinta..ubahlah paradigma kita demi masa depan kita dan juga Islam.

Tuesday, April 27, 2010

Ta'awun Yang Memberi Manfaat

PROGRAM LAMBAIAN MENARA GADING 10’
Kalau dihitung kembali,anak-anak yang berada di alam persekolah menengah dan akan menjalani kehidupan mahasiswa kian terasa.Di mana mereka ternanti-nanti panggilan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi.Sedar tidak sedar, mereka akan menamatkan zaman persekolah ke peringkat siswazah.




9 APRIL 2010
Baru-baru ini PERSADA telah berjaya mengadakan program Lambaian 10’. Di mana program yang terbuka kepada lepasan SPM mahupun STPM dan STAM.Program yang berlangsung di Perpustakaan Alor Star.Program yang berobjektifkan mendedahkan kepada para pelajar halatuju yang sebenar selepas menamatkan zaman persekolahan.Selain itu,perkongsian pengalaman oleh senior-senior tentang alam mahasiswa dan memberi penerangan mengikut kampus masing-masing.
Antara kampus yang turut meluangkan masa dengan berkongsi pengalaman serta mendedahkan maklumat serbah ringkas mengikut jurusan.Kampus UIA,KUIS,UM,DQ,dan Timur Tengah.
Program Lambaian 10’ yang telah dirasmikan oleh Ustaz Mussadaq.Ucapan pendahuluan oleh Pengarah Program,saudara Izwan.
Amat mengagumkan pengerusi majlis adalah seorang pelajar yang sudah berstatus seorang doktor.



Perkongsian setiap kampus mengikut jurusan..
Motivasi oleh penceramah mengenai halatuju mahasiswa
Awal pagi,kehadiran pelajar untuk mendaftarkan diri...hmmm...sungguh bersemangat adik-adik nie.
Pembahagian kumpulan,LDK untuk berkongsi pengalaman,sesi soal jawab..
Syukurlah kepada Allah kerana sahabat-sahabat sanggup luangkan masa dengan adik-adik..Alhamdulilah,program yang menarik untuk membina generasi yang akan datang yang akan menyebarkan dakwah Islam.



Kitalah generasi pengubah, bakal mencorakkan masa hadapan.Selalulah mohon doa dan restu ibu bapa dalam melayari kehidupan mendatang.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Apabila telah ditunaikan sembahyang,maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.”