Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Friday, February 26, 2010

Kualiti..Potensi..Cungkilkan Kesemuanya




Assalamualaikum warahmatullahibawarakatuh...
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT yang memberikan kesempatan untuk diri yang kerdil ini bersua dengan sahabat yang budiman sekalian.Ucapan selawat buat junjungan besar lagi tercinta,Nabi Muhammad SAW,mahaguru seluruh alam serta contoh terbaik dalam segenap aspek kehidupan terutama dalam mendidik insan ke arah ketaqwaan..
Bersempena maulidul rasul marilah,kita sama sentiasa membasahi bibir kita dengan alunan selawat ke atas junjungan Nabi kita,bukan hanya pada saat kita menyambut mauludnya malah setiap detik dan saat kita perlu berselawat ke atasnya.




Tidakkah kita tertanta-tanya mengapa mahasiswa yang berilmu pengetahuan tinggi yang menjejak di menara gading dan berjawatan tiinggi sanggup membuat bermacam perkara yang tidak senonoh serta salah di sisi undang-undang dan agama? Di mana silapnya?
Bagi membahaskan isu ini kita lihat dari beberapa penilaian tentang kualiti mahasiswa dari aspek psikologi.

Bagi ahli psikologi, kejayaan mendidik itu apabila pelajar atau sesiapa saja yang dididik berjaya mendapat ilmu yang diajarkan dan mencapai kesejahteraan itu merangkumi empat sifat berikut...
Pertamanya mencapai kematangan emosi,kemudian memperolehi sifat-sifat atau personaliti yang positif.Ketiganya, menunjukkan sifat empati serta mendengar dan akhir sekali mempunyai kecerdasan emosi.

Aspek pertama yang kita lihat adalah kematangan emosi.Ia merupakan suatu pencapaian yang sepatutnya diperolehi apabila seseorang itu bergelar mahasiswa.Ciri penting yang harus ada pada kita untuk mencapai kematangan emosi ialah kemampuan mengawal emosi dan bukan dikawal emosi, dan merasai kebebasan dalaman yang terbit dari keyakinan di samping keupayaan mereka untuk mengguna emosi secara wajar.

Kita lihat pula sifat kesejahteraan psikologi terakhir iaitu kecerdasan emosi(EQ).
Individu yang mempunyai EQ akan menggabungkan tiga komponen emosi iaitu kognitif,fisiologinya dan tingkah laku dengan berkesan.
Kehidupan emosi harus diambil kira kerana ia merupakan aset ciri perangai yang juga berpengaruh dalam kehidupan peribadi.Menurut Goleman (1995) dalam bukunya Emotional Intelligence (dalam Santrock 2002),banyak masalah masyarakat seperti jenayah berpunca daripada kurangnya EQ.

Sehubungan itu, untuk menjadi produk yang berkualiti untuk memimpin negara khususnya dari aspek psikologi kita perlu ada sekurang-kurangnya sebahagian daripada apa yang telah dibincangkan.Jika sistem pendidikan kita hari ini tidak mampu membekalinya kepada kia, maka kita perlu mendapatkannya melalui cara yang lain seperti mengikuti kursus,membaca, mendengar ceramah,banyak berbincang dan bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman..

"Allah menjadikan kita sebagai manusia yang berpotensi,binalah potensi kita supaya potensi kita akan menerajui kepimpinan yang kita terajui"

Saturday, February 20, 2010

Sannah Helwa Ya Ummi



Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya


Buat Mamaku yang tercinta,lafaz yang tersimpan ni kulepaskan dan kirim bersama kiriman doa buatmu mama.Selamat Hari Lahir buat mamaku tersayang yg ke 43.

Bahagia rasanyer apabila Allah telah mencurahkan kasih sayang daripada orang yang kita sayang.
Bahagia itu relatif.Malangnya manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak ketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku kebahagian..Ya, kebahagiaan boleh hilang dan timbul bila-bila masa..Bersyukurlah kerana Allah sayang kepada hamba-hambaNya dengan mencurahkan pelbagai kebahagian dan kasih sayang..
Jangan mengharap ucapan terima kasih manusia tetapi kita perlu berterima kasih kepada Yang Esa.

Firman Allah " Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih." (Surah al-Insan :9)

Kasih sayangMu Tuhan...
Tidak dapat kugambarkan..
Alhamdulilah ucapan syukur padaMu atas limpahan rahmat dan kasih sayangMu..

"Kucari Bahagia Abadi... Dimana? Disisi Tuhan...Bagaimana?Dengan Mengutamakan akhirat dengan sabar dan taqwa..Untuk siapa bahagia ini?Untuk yang beriman dan beramal soleh...yang beroleh hidayah..."

Tuesday, February 2, 2010

Hijrah Untuk Kemajuan Islam Tercinta



Salam tinta dari penulis yang kerdil..
Mungkin kita boleh berkongsi sedikit apa yang dikatakan perkongsian ilmu dimana banyak manfaatnya.Kita renung kembali,meskipun saban tahun kita menyambut Maal Hijrah,namun hasil daripada sambutan itu tidak banyak memberi kesan kepada semua umat Islam.

Sedih apabila kita lihat,sebahagiannya tidak ambil tahu langsung.Persoalannya, apakah umat Islam kita hari ini faham dan tahu konsep hijrah?Masih releven lagikah konsep hijrah pada zaman moden ni?Jika kita berhijrah, bolehkah kita beroleh pahala seperti hijrah pada zaman Rasulullah? Inilah yang perlu dijelaskan kepada masyarakat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:" Tiada Hijrah selepas pembukaan Makkah,tetapi masih ada jihad dan niat, dan apabila kamu diminta berhijrah maka berhijrahlah"

Jadi, hijrah masih digalakkan secara individu bagi menyelamatkan iman dan Islam dari sebarang bahaya.Kita dituntut berhijrah ke arah yang lebih baik..

Usaha hijrah ini dikenali dengan tuntutan jihad dan niat.Jihad ini menuntut semua pihak memberi perhatian kepada perkara yang menyebabkan umat Islam lemah sekaligus menyelamatkan maruah ummah.Bahang yang kita rasai kini adalah disebabkan lemahnya iman pemuda-pemuda kita pada leka dengan permainan dunia yang hanya sementara.

Bagi merealisasikan jihad ini,terhadap beberapa perkara yang perlu dilihat semula sesuai dengan zaman yang serba mencabar ini.Kita perlu berani untuk merubah segala yang telah merosakkan maruah Islam selama ini.Kemunduran umat Islam dalam semua bidang bukan kerana dihalang oleh musuh Islam tetapi kerana kita tidak berani menyanggah arus pardana.

Kita perlu memulakan jihad ini daripada yang sekecil-kecil perkara mengikut keperluan dalam bidang masing-masing. Sikap tunggu orang lain memulakan dahulu perlu dihapuskan daripada fikiran kita.Pemuda-pemuda Islam kita perlulah bangun dengan mengadakan skuad mencegah kemungkaran..Alhamdulilah,wujud juga skuad yang menentang kemungkran ini..




Percayalah perubahan mampu digerakkan oleh umat Islam boleh mengembalikan kegemilangan Islam seperti zaman awal Islam dahulu.Pekara ini tidak mustahil untuk dicapai dengan kehendak Allah. Yang penting kita mahu berhijrah dan berjihad ke arah itu.