Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Buktikan Kuasa Mahasiswa!!

Islam Memimpin Mahasiswa

Islam Memimpin Mahasiswa

Thursday, November 20, 2008

Islam melindungi Wanita




Salam ukhwah buat sahabat semua.Alhamdulillah kerana pena ini dapat diteruskan lagi dengan izin Allah.Wadah kali ini ana ingin berkongsi mengenai wanita dan hukumnya apabila ingin keluar berjalan.

Islam amat mementingkan keselamatan dan kesejahteraan kaum wanita.Oleh itu,pada peringkat awal Islam kaum wanita dilarang bermusafir tanpa ditemani suami,bapa ataupun saudara lelakinya yang terdekat.Larangan ini bukan bertujuan mengongkong pergerakan kaum wanita sebaliknya bagi menjamin kesejahteraan mereka.Berhubung dengan ini,Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:"Janganlah seseorang wanita bermusafir selama tiga malam tanpa muhrim." Walau bagaimanapun,apabila suasana sudah aman dan sejahtera,kaum wanita diizinkan bermusafir seorang diri tanpa muhrim.

Namun sekarang sesetengah wanita zaman sekarang sudah pandai meletakkan hukum sendiri dengan keluar bertemu lelaki yang bukan muhrimnya tanpa ditemani lelaki muhrimnya..Malahan mereka menganggap pertemuan yang indah itu tidak akan mendatangkan darurat kepada mereka.

Ada perbincangan mengenai wanita dilarang bergaul bebas dan berdua-duaan dengan lelaki..Sebenarnya,larangan bergaul bebas dan berdua-duaan tidak hanya dikenakan pada kaum wanita.Kaum lelaki juga dilarang daripada melakukannya.Islam meletakkan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan bagi mencegah daripada berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Namun,dalam aspek tertentu,pergaulan terkawal adalah diizinkan.Sebagai contoh semasa menuntut ilmu,menerima rawatan kesihatan,berjual beli,berperang dan seumpamanya.Barat bersikap liberal dalam aspek pergaulan lelaki dan perempuan dan mengaggapnya sebagai cara hidup yang sepatutnya dicontohi oleh orang lain.Namun,statistik semasa menunjukkan,cara hidup sedemikian lebih mendatangkan kerosakan daripada kebaikan.

Kebanyakan daripada kes-kes yang melibatkan orang yang saling mengenali terutamanya semasa sedang berdua-duaan dan bertemu janji.Justeru,larangan bergaul bebas dan berdua-duaan yang ditetapkan oleh Islam amat relevan dengan dunia hari ini.Ia mendatangkan banyak kebaikan terutamanya bagi kaum wanita.

Oleh itu,wahai kaum wanita perlulah memahami setiap hidup ini ada aturan atau undang-undangnya yang telah ditetapkan oleh Allah.Beruntunglah kita menjadi wanita,dimana ada pepatah yang ana pernah dengar dan sahabat pun sokmo dengar "wanita adalah perhiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah".

Perhiasan yang cantik perlulah sentiasa dijaga,tidak terbuka sana sini agar cahaya, habuk-habuk kotor tidak dapat mengkotori sehingga menjadi berkarat.tidak cantik bukan kalau dah berkarat sana-sini...btul.kan..

Waallahu'lam..

Wednesday, November 12, 2008

Untungnya Berdamping Dengan Al-Quran





Ana memulakan kalam ana dengan bismillahirahmanirahim.Rasa syukur ana panjatkan kepada Ilahi di mana saat ini ana bisa bernafas serta menyedut oksigen O2 dan pohon hijau pulak menyedut CO2 utuk teruskan hidup di alam maya ini.Kalam ana pada kali ini maybe ini mengupas mengenai untungnya kita apabila sering berdamping dengan al-quran.Dalam relung hati dan benak fikiran manusia sentiasa ada bisikan dan pertanyaan(fitrah meminta penjelasan untuk memadamkan kegelisahan dan memperoleh ketenangan perasaan.Betul tak...Pertanyaan-pertanyaan itu seperti apakah sebenarnya alam ini dan siapakah manusia itu? Siapakah yang menciptakan dan mengatur pergerakan keduannya?

Semua pertanyaan itu akan terkeluar apabila dirinya belum betul-betul kenal siapa Penciptanya.Manusia yang ingin mencari lubang cahaya dari kegelapan maya iaitu mencari erti mengapa dia diciptakan serta mengapa? Al-quran adalah jawapannya bagi kegelapan manusia ini.Manusia perlu mengkaji semua ini hanya berpandukan Al-Quran dan As sunnah.

Al-Quran adalah penyeri hidup kita..Allah memang sayangkan manusia kerana itu,Allah telah membekalkan bekalan pada kita iaitu al-Quran dan hadis.Memang seronok hidup dengan Ilahi,lebih-lebih lagi jika selalu berdamping dengan al-Quran "manual hidup" dariNya yang membuka jalan untuk manusia itu kenal Allah,kenal dirinya sendiri dan kenal seruan Allah ke atas dirinya.

Ada banyak sebab kenapa orang perlu berjinak serta berdamping dengan Al-Quran layak sentiasa berhibur dan rasa gembira.Ini kerana dengan berbuat demikian mereka akan dilimpahi dengan pelbagai nikmat dan rahmat dari Allah S.W.T.

Antaranya:-
1)akan dapat mengetahui rahsia tercipanya alam semesta
2)mengetahui ke mana tujuan perjalanan hidupnya dan bagaimana kesudahannya
3)terlepas dari keraguan
4)mengetahui bahawa dia diciptakan bukan untuk sia-sia atau sekadar main-main
5)mengetahui dan merasakan bahawa dia tidak terasing dari dunia yang besar ini
6)fahami hakikat kehidupan dunia yang singkat dan segala-galanya bersifat sementara
7)merasa aman dan tidak takut akan datangnya kematian
8)merasa bahagia ketika ajal menghampirinya kerana pada saat itu disampaikan khabar gembira kepadanya,masuk syurga yang penuh dengan kesenangan
9)sentiasa optimis kerana yakin dengan cerahnya masa depan
10)sentiasa berfikir positif kerana sentiasa sangka baik dengan Allah
11)sentiasa berjiwa besar,kerana dapat membebaskan dirinya dari pelbagai perasaan bimbang dan takut


Oleh itu kita perlulah sentiasa berdampingan dengan Al-Quran di mana terdapat kelebihan-kelebihan apabila kita mencintai Al-Quran:
# tidak akan nyanyuk sampai hari tua
# orang tua yang mengamalkan al-Quran walau diumpamakan macam quran buruk,lunyai,hancur tetapi disayangi,tetap dihargai.Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik-baik.
# orang yang mencintai Al-Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua,kalau tidak ada anak yang tidak dapat menjaga dirinya tetapi akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba-hambaNya yang menjunjung kemuliaan mukjizat.Golongan ini dalam pengawasan malaikat.
# orang yang junjung quran di dalam dirinya akan dijaga keselamatannya oleh Allah di dunia,di dalam kubur dan pada hari akhirat.Wlaupun di dunia dibenci oleh orang yang jahat tetapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya,sepertimana Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.
# wajahnya bercahaya-cahaya dan mesra untuk didekati
# orang yang membaca al-Quran tidak akan dihina.dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalan misalnya
# pengamal Al-Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga,inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan kepadanya.

Inilah sedikit coretan ilmu yang dapat ana kongsikan kepada sahabat ana diluar sana.InsyaAllah sekira di panjangkan umur oleh Allah ana akan menulis warkah yang seterusnya pada masa akan datang.

Waallahua'lam...

Saturday, November 1, 2008

Jatuh dan Bangun Dalam Perjuangan




Assalamualaikum...

salam perjuangan buat semua sahabat ana.Syukur ke hadrat Ilahi kerana ana dapat lagi meneruskan kehidupan yang hanya di pinjam olehNya.Pena ini dapat lagi meneruskan lakarannya..Fikiran agak buntu untuk mencoretkan kata-kata sebenarnya,namun memandangkan ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama-sama sahabat di sana.Ana cuba memerah otak memikirkan kalam yang bersesuaian untuk menterjemahkan apa yang bermain- main di dalam minda dikala ini.Ana ingin berkongsi situasi yang sering di alami oleh kita sebagai seorang pelajar atau mahasiswa.

Dalam kita meniti jalan-jalan perjuangan,pasti ada bahaya atau duri-duri tajam yang mengiringi kita,apatah lagi apabila kita memperjuangkan agama Allah.Ana ingin utarakan perasaan sedih di hati ini.Ini mengenai apabila ana telah terjatuh dan tersungkur di jalan perjuangan.Pelik kan.. jatuh,tersungkur?apa ni.Ya,ini mengenai keputusan imtihan ana baru-baru ini agak merosot.Tetapi,apabila ana terjatuh ,ana cepat-cepat bangun dan menyapu debu-debu kekotoran,walaupun tercalit sedikit luka.
LUKA....LUKA itu hanya sementara sahaja.Memang sakit,hanya Allah mengetahui isi hati kalbu ini.

YA,ana terus bangun.Ana tahu perjuangan ana lagi panjang dan perlu mnyusuri liku-liku yang kita tak tahu curam dan sukarnya.Oleh itu,ana berpesan pada diri ana ini sendiri dan sahabat yang lain:

"BANGKITLAH dan GENGAMLAH AZAMMU,walaupun KITA ada SESEKALI TERSUNGKUR,
NYALAKAN OBOR SEMANGAT yang MEMBARA bagi MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM
yang pastinya AKAN MENJADI KATALIS dan PEMANGKIN kepada SEMANGAT SUCI INI"

Dan peranan kita adalah belajar bersungguh-sungguh kerana tugas untuk menguasai ilmu-ilmu Islam secara masak dan pasak adalah satu perkara yang penting.


KITA AKAN BERJAYA ,KITA BUKAN GENERASI YANG LEMAH JIWA,
INSYAALLAH...
GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN DEMI MEMPERJUANGKAN DAULAH ISLAMIAH.

Waallahua'lam.

ikHLas

"IkHlas adalah suci,bersih
Umpama akar pada sepatang pohon yang rimbun
Pohon itu akan berguna sekiranya kuat dan subur"

Begitulah Imam Malik ada menyebut di mana terdapat 4 ciri-ciri orang yang
tidak ikhlas,antaranya:

i)Malas jika bersendirian
ii)rajin jika ada orang yang melihat
iii)suka apabila di puji
iv)berhenti apabila dikeji

Itulah pentingnya sifat ikhlas dalam kehidupan manusia sehinggakan Allah telah mengabadikan satu daripada 114 surah yang terdapat di dalam Al-Quran dengan nama surah Al-Ikhlas.